
Love Comes Around : Did you hear the melody inside me?
" Hari budaya? " suaranya malas sekali. Bukan tak dengar, saja mahu melengah-langahkan jawapan. Eiko di tepi cuma diam mendengar Natsumi selaku penolong kelas yang sedang cuba memujuk Sakura menolong menyiapkan patung ikan dolphin untuk Hari Budaya yang akan diadakan tiga hari lagi di sekolah mereka. Cuma...Sakura ini awal-awal lagi sudah menyampaikan yang dia tak mahu masuk campur apa-apa pun.
" Bolehlah Sakura ya? kita tak cukup orang ni." pujuk Natsumi. Meski tak biasa dengan gadis itu, tapi dia betul-betul perlukan pertolongan Sakura sekarang. Eiko tak boleh kerana dia ada tugas lain yang sememangnya sudah ditetapkan sejak awal tahun lagi. Sakura tidak menjawab, leka menyisir rambut sejak tadi. Entah kenapa mahu melakukan itu dia pun tak tahu.
" Malaslah" sepatah dia menjawab.
Natsumi mengeluh. " Alah Sakura, tak akan kau nak malukan kelas kita? " pujuk Natsumi lagi.
" Kan budak junior ada, minta saja pertolongan dari mereka."
" Aduh! mana boleh. Ini kan kelas kita, jadi kita uruskanlah sendiri."
" Mana cukup masa. Kenapa tak lakukan dari awal lagi, ini cuma tinggal lagi tiga hari baru nak buat. Barang-barangnya pun belum beli lagi." rungut Sakura. Sudahlah nak buat patung tu besar, panjang dua buah kelas saiznya. Dua ekor pula tu! kan kerja gila!.
" Eh, ini kan tradisi kelas kita. Lagi last minute lagi kita suka"
Sakura tidak percaya mendengar kata-kata Natsumi. Unbeliavable!!!. Dia termenung lagi, cuba memikirkan perlu atau tidak menyetujui rancangan Natsumi. Dan...
" Tak mahulah. Aku tak nak datang sekolah hari tu." tegas Sakura. Natsumi putus asa, menoleh ke arah Eiko cuba memohon simpati agar gadis itu memujuk Sakura. Eiko mengangkat bahu. Masalahnya kalau Sakura kata tak mahu, ertinya T-A-K M-A-H-U .
Shin yang sedari tadi berucap di hadapan kelas kerana dia ini ketua kelas, mampir ke arah Natsumi setelah kerjanya selesai. Taiko yang lain juga ikut dari belakang membuatkan Sakura menyampah. Mereka ini memang tak boleh dipisahkankah?
" Macam mana? dah cukup orang? " Natsumi mengeluh berat mendengar pertanyaan Shin. Kepalanya terasa semakin berat. Stress betul. Sudahlah dia gagal memujuk Sakura, mana lagi mahu mencari tenaga sukarelawan? takkan mahu mengajak Miss Vanilla pula?
Eiko tersenyum pada Akira. Memang mereka agak rapat sejak akhir-akhir ini. Semuanya selepas ujian hari itu. Akira membalas, tapi kemudian dia turut memerhatikan Sakura.
" Kena cari orang lain " suara Natsumi seakan berbisik menyampaikan jawapan.
Shin mengerut muka, pantas menoleh ke arah Sakura yang lebih rela melihat ke arah luar sejak mereka datang ke sini. Tidak sudi menoleh. Takashi berdehem, yang cuma dia tahu kenapa.
" Sakura, kau ada kerja lainkah? " kedua tangan diletakkan pada meja Sakura. Ibarat seorang bos menanyakan soalan kepada orang bawahan. Kesemua yang lain memerhatikan Sakura dan Shin. Kelas sepi seketika.
" Tak..."
" Jadi apa masalahnya? "
" Aku tak nak campur "
" Kenapa "
" Tak ada apa"
" Alasan kau tak boleh diterima. Kau akan membantu Natsumi dan yang lain membina model patung Dolphin. Ini satu arahan! "
Shin, meskipun sikap gatalnya itu sangat-sangatlah negatif, tapi sekurangnya sikap positif yang ada padanya ialah dia seorang ketua yang berkaliber. Habis, kenapa Higashi yang menjadi ketua taiko pula ya? tunggu....
Sakura berhenti menyisir rambut. Arahan?!!!
Dia beralih, menentang mata Shin yang juga enggan menyerah kalah. Melihatkan itu Eiko segera menutup telinga dengan kedua belah telapak tangan. Tahu kejadian yang akan berlaku seterusnya. Dan dia amat-amatlah tidak suka. Malah tidak akan pernah suka!
" Arahan?! kau siapa mahu arahkan aku sesuka hati. Aku dah katakan aku tak mahu! lagipun, kalau dah tak boleh buat tu hentikan sajalah. Buat apa mahu menyeksa diri! "
Kali ini Sakura sudah tidak boleh menahan diri. Lantas saja dia melepaskan rasa geram kepada Shin. Akan terputuskah persahabatan mereka?
Ah! Sakura tidak pernah peduli.
Shin hangat hati. " Kau dengar ya! aku ketua kelas ni. Dan kau, perlu dengar arahan aku. Kalau kau tak hormatkan aku pun, sekurangnya tolong fikirkan rakan-rakan kau yang lain. Mereka juag sanggup bersusah payah untuk menyambut Hari Budaya. Boleh tak kau jangan pentingkan diri sekali -sekala?!!"
Dush!!! bagai panah berapi kata-kata Shin itu. Sakura menahan diri agar tidak menangis. Merah padam mukanya.
" Shin, sudahlah kalau dia tak mahu. Aku boleh cari orang lain" Natsumi cuba meleraikan keadaan. Takut juga hanya kerana perkara ini, ada yang masam muka pula. Tentulah tak seronok begitu kan?
Berdecit bunyi kerusi ketika Sakura bangun. Lantas dia keluar tanpa mempedulikan pandangan rakan-rakan kelas yang lain, atau jika ada guru yang akan masuk. Mereka semua terkejut. Eiko serba-salah mahu pergi atau tidak. Takkan mahu tinggalkan kelas?
~ Arahan konon! ingat dia tu perfect sangat. Dahlah gatal! aku nak tengok macam mana kau nak
paksa aku. Bodoh~
Di bawah pokok itu Sakura melepaskan segala rasa geram di hati. Sudahlah sejak beberapa hari ini hidupnya rasa tak menentu , mahu main paksa-paksa pula!. Mujur ada angin sepoi-sepoi yang bertiup perlahan. Sekurangnya hati yang panas dapat disejukkan sedikit.
" Dah ok? "
Terkejut. Eish! betulkah suara itu?
" Kau nak apa? cari gaduh?! " kasar balasan yang diterima.
Higashi tidak menjawab, santai duduk di sebelah Sakura. Tidak terlalu dekat, dan tidak terlalu jauh. Cukup untuk menangkis serangan jika Sakura menyerang. Sakura merenung tajam Higashi yang melihat ke hadapan. Hah, tengok tu, kan dah kata dia ni suka buat Sakura macam invisible.
" Kenapa kau tak nak datang Sakura? "
" Sibuk! kau tak perlu tahu. Ada ke tak ada ke sama saja. Lagipun, kalau aku tak datang mesti kau rasa lagi bahagia hidup kan? " ada nada merajuk di situ. Dan Higashi tidak mengerti. Lagipun dia kan lelaki. Susah nak faham benda-benda tersirat macam ni.
" Kenapa kau cakap macam tu? sejak kau datang, Eiko makin ceria tau"
Sretttt!!! Eiko?
" Kau datang sini buat apa?! nak pujuk aku? tak payah. Kalau sekolah ni terbakar pun aku tetap tak datang tahu! "
" Siapa nak pujuk kau? perasan betul" Higashi menahan senyum. Seronok juga sekali -sekala membuat Sakura marah. " Dengar aku nak cakap dulu, jangan asyik nak marah saja. " Sambungnya cepat-cepat apabila melihat wajah Sakura yang sudah berubah ketam rebus.
" Kenapa aku nak dengar cakap kau?! " marah Sakura.
Higashi sempat melihat tangan Sakura yang sudah tergenggam kemas itu. Wih!! baik hati-hati.
" Aku nak minta maaf " ikhlas ucapan yang tidak disengajakan, membuat Sakura bingung.
" Hah? "
" Ya, aku tahu mesti kau terasa aku selalu buat tak tahu pada kau. Tapi aku bukan sengaja. Yalah, aku kan ketua taiko. Nanti kalau aku rapat dengan perempuan mesti musuh aku ingat kau teman wanita aku. Jadi, kan bahaya nanti? kalau jadi apa-apa pada kau macam mana aku nak bertanggungawab. "
Angin berhembus lembut.
Dari bahagian sisi, Higashi dapat melihat kaki Sakura yang terkangkang tadi perlahan-lahan melunjur. Lama mereka terdiam di situ.
" Sakura..."
" Nanti datang tolong ya..."
Alahai, lembutnya suara serak basah Higashi. Sakura perlahan mengangguk tanpa melihat Higashi yang sudah tersengih.
" Kau, tak apa ke tinggal kelas? " tanya Sakura. Tiada lagi suara kasar yang kedengaran.
" Entahlah. Dah memang lewat pun. Kalau masuk sekarang kena denda duduk luar juga "
Sakura ketawa senang. Mereka kembali berbual seperti berjumpa di cafe atau pasar pula. Sehinggalah......
" Hei kamu berdua!!!"
*******************************************************************************
Seorang lelaki berambut merah duduk bersandar di sofa, Santai menonton televisyen. Sebotol arak sederhana besar bertulis Bouron hampir separuh diminumnya. Seorang lagi lelaki datang duduk di hadapannya dengan membawa beberapa helai kertas putih. Mukanya kelihatan sangat tidak puas hati.
" Aku tak boleh percaya langsung! " Sentaro menggelengkan kepala.
" Apa yang kau dapat? " kertas di tangan Sentaro diambil. Berkerut dahinya membaca data yang diperoleh Sentaro. Cuma ada namanya tanpa ayah, serta nama kelab dan kelas yang diletakkan.
Sentaro mengeluh. " Itulah, kau sendiri pun terkejut kan? Aku penat-penat godam komputer sekolah tu, alih-alih jumpa ni saja. "
" Interesting! " senyuman jahat terukir.
" Kau jangan kasi aku marah bro! aku belum putus asa tahu! "
Dia bangun, kembali menghadap komputer di meja bulat yang penuh dengan kertas-kertas yang tidak tahu apa kegunaannya. Mungkin sengaja tunjuk rajin agaknya.
Lelaki berambut merah bangun, ingin melihat apa lagi yang berjaya diperoleh rakannya itu kali ini. Beberapa kali juga Sentaro mengetuk meja melepaskan geram kerana tidak berjaya mencari maklumat yang diperlukan. Lama begitu akhirnya Lelaki berambut merah menjadi bosan.
" Heh! berapa lama lagi kau perlu? "
" Rileks ok rileks! kau jangan kacau aku boleh tak? aku nak fokus ni"
Matanya masih setia di hadapan monitor meski sudah hampir lima jam dia di situ. Lelaki berambut merah memeluk tubuh.
" Hah!!! hahaha, aku dah dapat! " jeritnya gembira. Dari kaca monitor data-data mengenai Sakura tertera di depan mata. " Sekarang siapa hebat? "
Lelaki berambut merah tidak menjawab, lebih suka membaca maklumat yang baru diperoleh.
" Yooshie Sakura, 18 tahun, Lahir di Saitama. Oh, budak Saitama rupanya. Mari kita lihat apa lagi yang kau ada " kali ini dia mengambil alih. Keyboard ditekan laju.
" Apa yang kau buat? " tanya rakannya. Lelaki berambut merah tidak menjawab.
" Kau jangan kacau aku ya? aku nak fokus" selamba dia membalas kata-kata rakannya tadi.
Sebentar kemudian dia berhenti. " Hei! cuba kau tengok ni? "
Tetikus digerakkan, menunjukkan ke arah yang disuruh.
" Gila! bertukar tiga buah sekolah dalam tahun ni saja! cuba tengok sebab pertukaran " pinta rakannya. Lelaki berambut merah menurut. Tetikus digerakkan lagi ke arah yang ditunjukkan. Bulat mata rakannya membaca rekod Sakura.
" Apa ni? kali pertama, bergaduh. Kedua, pergaduhan sengaja. Ketiga,...sengaja cari gaduh?. Gila! betul-betul gila. Patut saja Queen Bee lebam-lebam begitu. Bro, aku rasa kalau kita nak kacau budak tu, kena minta bantuan dari yang lain bro."
~ Ingat aku bodoh! aku tahulah~
Lelaki berambut merah cuma ketawa. " Yeah, tapi apapun..." gambar Sakura bersaiz pastport dibesarkan sebelum dicopy.
" Aku mahu berkenalan dengannya dulu " Bouron diteguk sehingga habis.