Hait there friends!!! enjoy ya blog ni...Get this Widget

Saturday, September 25, 2010

Tuesday, August 31, 2010

donno...

Park Ye Eun a.k.a Sakura

Lee Dong Wok a.k.a Higashi





Mesti ada yang tertanya ( klu layari blog ni la ) kenapa novel jepun tapi pelakon korea. Well, banyak cerita korea adaptasi dari manga jepun. So...no komen. hahahaha. Dan pemilihan Yenny bukan sebab saya suka dia, tapi adalah kerana mukanya yang kasar itu. Sesuai untuk watak garang.

Lagipun, nak buat macam mana, pelakon jepun tak ada yang lawa-lawa. Tapi, kalau ada yang lawa saya akan ubah. Ok, itu saja nak cakap.

Monday, August 30, 2010

Wishing On A Star

Semalam saya mimpi aneh lagi. Kali ni bukan lagi mimpi novel tapi mimpi tentang ahli baru dalam kumpulan wondergirl, Hae Lim. Saya bukannya minat dengan Hae Lim, malah sejak dia dipilih menggantikan Sun Mi hati ni macam dah tawar untuk kekal dengan WG. Mungkin kerana terlalu merindui Sun Mi agaknya...

Mujur ada Yenny, sebab saya memang minat gila dengan dia jadi terus juga menyokong meski terasa juga kekurangan sejak Sun Mi pergi. Saya betul-betul harap dia akan kembali dan mengambil semula tempatnya dalam WG. Tapi, itulah, harapan cuma harapan.

Pendapat saya, Hae Lim tiada kemajuan langsung bagi menggantikan Sun Mi. Ada juga video persembahan mereka yang saya tengok, tapi macam tak best je tengok tarian dia. Sebab, dia tu keras macam kematu. Ini pada pendapat sayalah. Tak tahu kenapa JYP pilih dia.

Saya bukan benci pada dia, tapi, itulah masih sukar untuk menerima dia dalam kumpulan WG. Dan yang paling saya takut kalau-kalau WG punya populariti akan jatuh. Tambah-tambah sekarang ni dah banyak kumpulan Korea yang makin meningkat naik seperti 4 minutes dan SNSD. Kalau kumpulan lelaki saya tak kisahlah nak meningkat berapa banyak pun.

Cuma nak berkongsi sahaja, kalau tulis banyak-banyak pun bukan ada orang baca. Hihihih!
Apapun, saya nak kongsi video yang diciplak dari youtube ni untuk mengingati Sun Mi, my lovely princess, you are always in my memory....forever!!!

I Wish Your Star Will Shine Again! Sun Mi!!!!!



Sunday, August 29, 2010

Sakura 16


Alamak! tertangkaplah pulak!!!


Oh my god! dari tadi sampai sekarang, sudah waktu untuk pulang pun ( lewat 10 minit ) Puan Gina masih tak mahu menghentikan hujahnya. Masih mahu tuan Pengetua mempercayai yang dia telah menangkap Sakura dan Higashi bersenandung sayang di belakang pokok di padang sekolah. Sudahlah waktu pembelajaran pula tu! dan selebihnya kerana dia memang tak suka dengan Sakura. Pelajar bermasalah.

Cikgu Mars dipanggil selaku penjaga Sakura. Dia juga hampir tidak percaya ketika diberitahu Sakura melakukan perkara itu. Takkanlah! dan selebihnya ialah kerana Higashi itu merupakan anak buah kesayangannya dalam kelab muzik. Tak pernah pula dia mendengar lelaki itu mempunyi teman wanita. Kawan wanita apatah lagi.

" Saya tak percaya mereka berdua akan melakukan itu" tegas Cikgu Mars.

" Awak boleh cakap apa sahaja, tapi yang penting saya sudah mendapat bukti bahawa pelajar-pelajar ini memberi contoh yang tidak baik! "

Tuan Pengetua memerhatikan Sakura yang santai tanpa mempedulikan kata-kata Puan Gina. Alih-alih dia mengerling Higashi, Higashi mengerling balik. Dan kemudian mereka tersenyum.
Puan Gina di hadapan pula masih lagi belum mahu melepaskan mereka berdua pergi. Masih meneruskan bebelannya.

" Puan Gina. please, cukup! " pinta Tuan Pengetua. Sakit kepalanya dengan ceramah Puan Gina. Langsung tak beri peluang dia nak bercakap pula.

" Saya nak pastikan mereka berdua mendapat hukuman yang sepatutnya! " kali ini Puan Gina tersenyum bangga ke arah Sakura. Higashi mengerling tajam Puan Gina. Sebetulnya dia juga amat anti perempuan tua seorang ini. Berlagak baik konon, padahal dia langsung tak tahu perangai anak-anak buah kesayangannya itu. Yang dia nampak pelajar-pelajar seperti Higashi dan Sakura inilah!

" Sakura, saya bagi awak peluang bela diri dulu " ujar Tuan Pengetua.

" Huh! dah tentulah dia tak mahu mengaku! " Puan Gina masih belum puas. Sakura mengetap gigi. Tadi ketika di padang, entah dari mana Puan Gina ini muncul, mungkin turun dari langit agaknya. Kerana itu dia boleh tahu di mana mereka berdua berada padahal pokok itu kan agak tersembunyi, lalu marah-marah kerana mereka berdua berada di padang sekolah.

Tapi, yang dia pasti lelaki itu ada sekali. Lelaki mana? Lelaki yang dilastik dengan batu itulah. Tersengih bangga sama seperti Puan Gina di hadapannya ini. Hish! itulah Higashi ni, macam mana Sakura tak menjadi nakal?

" Bela diri? buat apa? " angkuh suaranya membuatkan Puan Gina semakin panas. Sudah terang lagi bersuluh pun tak mahu mengaku? Tuan Pengetua mengeluh. Dia memerhatikan sesusuk tubuh itu yang dari tadi langsung tak takut, malah tak peduli!

" Higashi. " arahan Tuan Pengetua amat difahami. Higashi mengangkat bahu. Langsung tidak menoleh ke arah Tuan Pengetua.

" Puan Gina. Boleh saya tahu dari mana awak boleh menangkap mereka berdua? " tanya Tuan Pengetua. Gawat ni! macam mana dia mahu report sama Ayah Sakura. Kerana ada sesuatu yang menggentarkannya. Apa? sekejap ya....

" Ya, ada pelajar yang melaporkan kepada saya. "

" Siapa? " Cikgu Mars pantas menyambut. Bukan apa, dia mahu membuat perhitungan dengan pelajar itu. Perkara ini bukannya kecil.

Puan Gina menyebut nama pelajar dan kelas budak lelaki yang dilastik oleh Sakura. Tidak tahu bahawa Sakura merekod segala dalam kepalanya. Mendengar penerangan Puan Gina menyebabkan Tuan Pengetua berubah laku. Bosan yang amat sangat sehingga terlepas pen di tangan.

" Puan Gina !! awak sedar tak pelajar yang melaporkan itu juga ialah pelajar yang selalu membuat masalah di sekolah?!!" marah Tuan Pengetua.

" Ya, tapi..."

" Awak dah bazirkan masa saya untuk ini semata-mata? bagaimana kita boleh mempercayai pelajar yang juga bermasalah dalam hal ini?!!. " kali ini Tuan Pengetua benar-benar bengang.

" Tapi, mereka berdua tetap salah!!! saya saksikan mereka dengan mata saya sendiri. " bangkang Puan Gina. Tetap mahu menegakkan benang yang basah.

" Jadi mereka akan dihukum!!!. Saya harap awak puas hati Puan Gina. Sekarang kamu semua boleh keluar! "
Pengetua meninggikan suara, menyebabkan Puan Gina tidak berkata apa lagi. Terus keluar tanpa berpaling ke arah Sakura mahupun Tuan Pengetua. Takut dengan amukan Tuan Pengetua. Cikgu Mars mengiringi Sakura keluar.

" Kecuali kamu Higashi! " Higashi yang sudah berada di muka pintu terhenti.

" Pastikan ini yang terakhir. Saya tak mahu dengar lagi perkara begini berulang. Tambah-tambah lagi membabitkan Sakura. "
Higashi pelik mendengar arahan Pengetua tapi dia tetap diam.

" Janji Higashi. Jangan dekat sangat dengan dia" suara Pengetua kedengaran merayu pula. Higashi mengeluh berat.

" Baik, ayah! "





Sakura berjalan perlahan-lahan. Sekolah sudah sunyi kini. Tadi dia ada nampak kereta Puan Gina yang berlalu pergi. Ngauman kereta Puan Gina seperti mahu berlumba haram pula. Mengingatkan itu Sakura tersenyum sendiri. Tapi kemudian senyumannya mati. Entah macam mana mahu menyampaikan kepada ayahnya nanti. Mahu orang tua tu mengamuk pula jika tahu Sakura ditangkap berdating di belakang pokok. Dia tak mahu pulang....

" Sakura! " jeritan itu menyebabkan hati Sakura kembali berbunga. Dia berpaling dengan muka berkerut. Konon tak sukalah tu. Higashi berlari-lari menghampiri menyebabkan Sakura berdebar lagi.

~ Aduh! masa bila pula dia salin baju dah!~

Kali ini Higashi memakai baju merah, terserlah warna kulitnya yang cerah. Belum kira mulutnya lagi!.

" Kau balik dengan apa? " tanyanya sebaik sampai di depan Sakura. Jarak didekatkan lagi. Kesian Sakura kena mendongak.

" Erm..." Sakura blurr sekejap mahu menjawab.Sebab dia lupa naik apa! yang dia ingat ialah terbang dan melayang. Gila itu kan!
" Pa..pak cik aku ambik " katanya dan terus berpaling lagi.

" Hei, jangan laju sangat nanti jatuh. " Higashi memegang lengan Sakura. Cuma sekejap tapi kehangatannya menjalar ke seluruh tubuh. Sakura diam. Banyak yang ingin dikata tapi tak tahu yang mana mahu dimulakan dulu.

" Sakura, kalau ibu bapa kau tahu, biar aku jelaskan pada mereka ya? " Sakura tersentak mendengar permintaan Higashi. Biar benar kau!

Higashi meraup rambut. Hensemnya....

" Yalah, aku kan lelaki. Jadi, mungkin mereka anggap aku nak rosakkan kau pula. Apa kata aku jumpa mereka hari ni nak? nanti bila pengetua beritahu mereka tak terkejut sangat. Pak cik kau ambil kan? biar aku jumpa dia ya."
Cadangan Higashi membuatkan sakura sesak nafas.

" Hah! eh, tak usahlah!!! " jeritnya. Nafas Sakura tercungap-cungap.

" Hei kau kenapa? sesak nafas ke? " Higashi gusar, lalu memegang bahu Sakura. Oh my god!!!
lagi tak teratur nafas Sakura kali ini.

" Sakura!!!"

Bulat mata Sakura melihat empunya suara. Yih!!! Aja?! dan Pak Cik Yuudai pun ada. Mereka berdua sedang menanti di kereta.
Aja mengangkat sebelah kening dan memeluk tubuh. Macam seorang ibu yang marah. Pak cik Yuudai? tak ada perasaan. Melihatkan itu Higashi dapat mengagak orang tua itu pastinya Pak Cik yang dikatakan. Dan gadis di sebelah yang dia tak peduli siapa itu, lantaklah. Tak penting!. Laju kakinya melangkah menuju ke arah Pak Cik Yuudai. Aja juga segera mendekati Pak cik Yuudai setelah melihat Higashi yang menghampiri. Sibuk saja!.

Sakura terpaku seketika sebelum berusaha menarik Higashi. Sekejap pegang ,sekejap lepas. Mana taknya bila pegang Aja membuntangkan mata. Macam tak faham pula.

" Pak Cik, saya Higashi. Kawan sekelas Sakura, ..." dan seterusnya dari A sampai Z diceritakan kepada Pak Cik yuudai. Sakura hampir mati di situ menahan malu.

~ Higashi!! kenapa kau bodoh sangat?!!!~

Pak Cik Yuudai yang tak pernah ada anak tak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia melihat ke belakang. Sakura memberi isyarat diam, tandanya jangan membuka rahsia. Pak Cik Yuudai segera mengerti.

" Ah...ok...er...tak apalah." itu sahaja katanya. Tapi, dia menepuk-nepuk bahu Higashi. Bangga. " Kamu memang lelaki jujur. Bagus, bagus " itu sahaja kata-katanya.

Higashi tersengih menerima pujian itu.

" Err, tapi pak cik jangan marah Sakura pula ya. Nanti kalau ibu dan ayahnya masih marah, tolong beritahu saya ya. Saya akan menjelaskan kepada mereka nanti. "

Pak Cik Yuudai mengangguk sementara Aja pula sudah tidak sabar mahu mendengar penjelasan dari Sakura. Pintu kereta sudah dibukanya awal-awal lagi, sambil mengisyaratkan agar Sakura segera masuk. Sakura buat tak peduli.

" Terima kasih Pak Cik. Saya janji benda ni tak akan berulang lagi. "

Setelah beberapa minit sesi temu duga begitu, Higashi menunduk hormat, mengucapkan selamat tinggal kepada Sakura dan berlalu pergi. Langsung tidak peduli pada Aja yang tersengih memandang dengan gaya menggoda membuatkan Sakura, arghhhhhhhhh!!!! geram! gatal! miang!

Pak Cik Yuudai dan Aja, memandang Sakura.

~Oh boy...~




Dalam kereta itu, Sakura terasa seperti berada di gurun Sahara meskipun tingkap kereta sudah dibuka seluasnya.. Aja belum habis-habis lagi memprotes, konon-konon Sakura itu menyimpan teman lelaki dari pengetahuannya.

" Wihh!! kan aku dah kata, dia bukannya teman lelaki aku! "

" Yakah? wah kalau begitu kenalkan aku padanya. Aku mahu! Pak Cik, hensem kan lelaki tadi?! " Aja sengaja mencari pasal. Pak Cik Yuudai tidak memberi reaksi, cuma tersenyum dari tadi mendengar pertelingkahan antara Sakura dan Aja. Tak berani mahu masuk campur. Keduanya Cik Muda, jadi bagaimana?

" Kau jangan mengada-ngada! " marah Sakura membuatkan Aja menjeling sinis.
" Tengok Pak Cik, dia tak mahu mengaku. Buruk perangai"

Sakura buat tak tahu, malas mahu terus melayan sikap kebudak-budakan Aja. Biarlah dia mahu kata apa, janji yang penting sekarang ialah bagaimana mahu menjelaskan kepada ayahnya.

Dan Aja terus berceloteh mengenai Higashi sehinggalah tiba di rumah.

" Oh! jadi dia itulah Higashi ya? yang kau marah-marah aku tu? " Aja masih belum berputus asa.
Dia mengikut ke mana sahaja Sakura pergi. Rimas betul!

" Ya! dia itu orangnya, puas hati? dan dia bukannya teman lelaki aku Faham?! " Sakura yang mahu ke dapur mematikan niatnya, merenung Aja di hadapan. Aja mengangkat tangan, tanda mengalah.

" Siapa Higashi? "

Dua pasang mata segera beralih.

Oh my god!!!!!!!!

Friday, August 27, 2010

Sakura 15


Love Comes Around : Did you hear the melody inside me?

" Hari budaya? " suaranya malas sekali. Bukan tak dengar, saja mahu melengah-langahkan jawapan. Eiko di tepi cuma diam mendengar Natsumi selaku penolong kelas yang sedang cuba memujuk Sakura menolong menyiapkan patung ikan dolphin untuk Hari Budaya yang akan diadakan tiga hari lagi di sekolah mereka. Cuma...Sakura ini awal-awal lagi sudah menyampaikan yang dia tak mahu masuk campur apa-apa pun.

" Bolehlah Sakura ya? kita tak cukup orang ni." pujuk Natsumi. Meski tak biasa dengan gadis itu, tapi dia betul-betul perlukan pertolongan Sakura sekarang. Eiko tak boleh kerana dia ada tugas lain yang sememangnya sudah ditetapkan sejak awal tahun lagi. Sakura tidak menjawab, leka menyisir rambut sejak tadi. Entah kenapa mahu melakukan itu dia pun tak tahu.

" Malaslah" sepatah dia menjawab.

Natsumi mengeluh. " Alah Sakura, tak akan kau nak malukan kelas kita? " pujuk Natsumi lagi.

" Kan budak junior ada, minta saja pertolongan dari mereka."

" Aduh! mana boleh. Ini kan kelas kita, jadi kita uruskanlah sendiri."

" Mana cukup masa. Kenapa tak lakukan dari awal lagi, ini cuma tinggal lagi tiga hari baru nak buat. Barang-barangnya pun belum beli lagi." rungut Sakura. Sudahlah nak buat patung tu besar, panjang dua buah kelas saiznya. Dua ekor pula tu! kan kerja gila!.

" Eh, ini kan tradisi kelas kita. Lagi last minute lagi kita suka"
Sakura tidak percaya mendengar kata-kata Natsumi. Unbeliavable!!!. Dia termenung lagi, cuba memikirkan perlu atau tidak menyetujui rancangan Natsumi. Dan...

" Tak mahulah. Aku tak nak datang sekolah hari tu." tegas Sakura. Natsumi putus asa, menoleh ke arah Eiko cuba memohon simpati agar gadis itu memujuk Sakura. Eiko mengangkat bahu. Masalahnya kalau Sakura kata tak mahu, ertinya T-A-K M-A-H-U .

Shin yang sedari tadi berucap di hadapan kelas kerana dia ini ketua kelas, mampir ke arah Natsumi setelah kerjanya selesai. Taiko yang lain juga ikut dari belakang membuatkan Sakura menyampah. Mereka ini memang tak boleh dipisahkankah?

" Macam mana? dah cukup orang? " Natsumi mengeluh berat mendengar pertanyaan Shin. Kepalanya terasa semakin berat. Stress betul. Sudahlah dia gagal memujuk Sakura, mana lagi mahu mencari tenaga sukarelawan? takkan mahu mengajak Miss Vanilla pula?
Eiko tersenyum pada Akira. Memang mereka agak rapat sejak akhir-akhir ini. Semuanya selepas ujian hari itu. Akira membalas, tapi kemudian dia turut memerhatikan Sakura.

" Kena cari orang lain " suara Natsumi seakan berbisik menyampaikan jawapan.

Shin mengerut muka, pantas menoleh ke arah Sakura yang lebih rela melihat ke arah luar sejak mereka datang ke sini. Tidak sudi menoleh. Takashi berdehem, yang cuma dia tahu kenapa.

" Sakura, kau ada kerja lainkah? " kedua tangan diletakkan pada meja Sakura. Ibarat seorang bos menanyakan soalan kepada orang bawahan. Kesemua yang lain memerhatikan Sakura dan Shin. Kelas sepi seketika.

" Tak..."

" Jadi apa masalahnya? "

" Aku tak nak campur "

" Kenapa "

" Tak ada apa"

" Alasan kau tak boleh diterima. Kau akan membantu Natsumi dan yang lain membina model patung Dolphin. Ini satu arahan! "
Shin, meskipun sikap gatalnya itu sangat-sangatlah negatif, tapi sekurangnya sikap positif yang ada padanya ialah dia seorang ketua yang berkaliber. Habis, kenapa Higashi yang menjadi ketua taiko pula ya? tunggu....

Sakura berhenti menyisir rambut. Arahan?!!!

Dia beralih, menentang mata Shin yang juga enggan menyerah kalah. Melihatkan itu Eiko segera menutup telinga dengan kedua belah telapak tangan. Tahu kejadian yang akan berlaku seterusnya. Dan dia amat-amatlah tidak suka. Malah tidak akan pernah suka!

" Arahan?! kau siapa mahu arahkan aku sesuka hati. Aku dah katakan aku tak mahu! lagipun, kalau dah tak boleh buat tu hentikan sajalah. Buat apa mahu menyeksa diri! "
Kali ini Sakura sudah tidak boleh menahan diri. Lantas saja dia melepaskan rasa geram kepada Shin. Akan terputuskah persahabatan mereka?

Ah! Sakura tidak pernah peduli.

Shin hangat hati. " Kau dengar ya! aku ketua kelas ni. Dan kau, perlu dengar arahan aku. Kalau kau tak hormatkan aku pun, sekurangnya tolong fikirkan rakan-rakan kau yang lain. Mereka juag sanggup bersusah payah untuk menyambut Hari Budaya. Boleh tak kau jangan pentingkan diri sekali -sekala?!!"

Dush!!! bagai panah berapi kata-kata Shin itu. Sakura menahan diri agar tidak menangis. Merah padam mukanya.

" Shin, sudahlah kalau dia tak mahu. Aku boleh cari orang lain" Natsumi cuba meleraikan keadaan. Takut juga hanya kerana perkara ini, ada yang masam muka pula. Tentulah tak seronok begitu kan?

Berdecit bunyi kerusi ketika Sakura bangun. Lantas dia keluar tanpa mempedulikan pandangan rakan-rakan kelas yang lain, atau jika ada guru yang akan masuk. Mereka semua terkejut. Eiko serba-salah mahu pergi atau tidak. Takkan mahu tinggalkan kelas?

~ Arahan konon! ingat dia tu perfect sangat. Dahlah gatal! aku nak tengok macam mana kau nak
paksa aku. Bodoh~




Di bawah pokok itu Sakura melepaskan segala rasa geram di hati. Sudahlah sejak beberapa hari ini hidupnya rasa tak menentu , mahu main paksa-paksa pula!. Mujur ada angin sepoi-sepoi yang bertiup perlahan. Sekurangnya hati yang panas dapat disejukkan sedikit.

" Dah ok? "

Terkejut. Eish! betulkah suara itu?

" Kau nak apa? cari gaduh?! " kasar balasan yang diterima.

Higashi tidak menjawab, santai duduk di sebelah Sakura. Tidak terlalu dekat, dan tidak terlalu jauh. Cukup untuk menangkis serangan jika Sakura menyerang. Sakura merenung tajam Higashi yang melihat ke hadapan. Hah, tengok tu, kan dah kata dia ni suka buat Sakura macam invisible.

" Kenapa kau tak nak datang Sakura? "

" Sibuk! kau tak perlu tahu. Ada ke tak ada ke sama saja. Lagipun, kalau aku tak datang mesti kau rasa lagi bahagia hidup kan? " ada nada merajuk di situ. Dan Higashi tidak mengerti. Lagipun dia kan lelaki. Susah nak faham benda-benda tersirat macam ni.

" Kenapa kau cakap macam tu? sejak kau datang, Eiko makin ceria tau"

Sretttt!!! Eiko?

" Kau datang sini buat apa?! nak pujuk aku? tak payah. Kalau sekolah ni terbakar pun aku tetap tak datang tahu! "

" Siapa nak pujuk kau? perasan betul" Higashi menahan senyum. Seronok juga sekali -sekala membuat Sakura marah. " Dengar aku nak cakap dulu, jangan asyik nak marah saja. " Sambungnya cepat-cepat apabila melihat wajah Sakura yang sudah berubah ketam rebus.

" Kenapa aku nak dengar cakap kau?! " marah Sakura.

Higashi sempat melihat tangan Sakura yang sudah tergenggam kemas itu. Wih!! baik hati-hati.

" Aku nak minta maaf " ikhlas ucapan yang tidak disengajakan, membuat Sakura bingung.

" Hah? "

" Ya, aku tahu mesti kau terasa aku selalu buat tak tahu pada kau. Tapi aku bukan sengaja. Yalah, aku kan ketua taiko. Nanti kalau aku rapat dengan perempuan mesti musuh aku ingat kau teman wanita aku. Jadi, kan bahaya nanti? kalau jadi apa-apa pada kau macam mana aku nak bertanggungawab. "

Angin berhembus lembut.

Dari bahagian sisi, Higashi dapat melihat kaki Sakura yang terkangkang tadi perlahan-lahan melunjur. Lama mereka terdiam di situ.

" Sakura..."

" Nanti datang tolong ya..."

Alahai, lembutnya suara serak basah Higashi. Sakura perlahan mengangguk tanpa melihat Higashi yang sudah tersengih.

" Kau, tak apa ke tinggal kelas? " tanya Sakura. Tiada lagi suara kasar yang kedengaran.

" Entahlah. Dah memang lewat pun. Kalau masuk sekarang kena denda duduk luar juga "

Sakura ketawa senang. Mereka kembali berbual seperti berjumpa di cafe atau pasar pula. Sehinggalah......

" Hei kamu berdua!!!"

*******************************************************************************

Seorang lelaki berambut merah duduk bersandar di sofa, Santai menonton televisyen. Sebotol arak sederhana besar bertulis Bouron hampir separuh diminumnya. Seorang lagi lelaki datang duduk di hadapannya dengan membawa beberapa helai kertas putih. Mukanya kelihatan sangat tidak puas hati.

" Aku tak boleh percaya langsung! " Sentaro menggelengkan kepala.

" Apa yang kau dapat? " kertas di tangan Sentaro diambil. Berkerut dahinya membaca data yang diperoleh Sentaro. Cuma ada namanya tanpa ayah, serta nama kelab dan kelas yang diletakkan.

Sentaro mengeluh. " Itulah, kau sendiri pun terkejut kan? Aku penat-penat godam komputer sekolah tu, alih-alih jumpa ni saja. "

" Interesting! " senyuman jahat terukir.

" Kau jangan kasi aku marah bro! aku belum putus asa tahu! "
Dia bangun, kembali menghadap komputer di meja bulat yang penuh dengan kertas-kertas yang tidak tahu apa kegunaannya. Mungkin sengaja tunjuk rajin agaknya.

Lelaki berambut merah bangun, ingin melihat apa lagi yang berjaya diperoleh rakannya itu kali ini. Beberapa kali juga Sentaro mengetuk meja melepaskan geram kerana tidak berjaya mencari maklumat yang diperlukan. Lama begitu akhirnya Lelaki berambut merah menjadi bosan.

" Heh! berapa lama lagi kau perlu? "

" Rileks ok rileks! kau jangan kacau aku boleh tak? aku nak fokus ni"
Matanya masih setia di hadapan monitor meski sudah hampir lima jam dia di situ. Lelaki berambut merah memeluk tubuh.

" Hah!!! hahaha, aku dah dapat! " jeritnya gembira. Dari kaca monitor data-data mengenai Sakura tertera di depan mata. " Sekarang siapa hebat? "

Lelaki berambut merah tidak menjawab, lebih suka membaca maklumat yang baru diperoleh.

" Yooshie Sakura, 18 tahun, Lahir di Saitama. Oh, budak Saitama rupanya. Mari kita lihat apa lagi yang kau ada " kali ini dia mengambil alih. Keyboard ditekan laju.

" Apa yang kau buat? " tanya rakannya. Lelaki berambut merah tidak menjawab.

" Kau jangan kacau aku ya? aku nak fokus" selamba dia membalas kata-kata rakannya tadi.
Sebentar kemudian dia berhenti. " Hei! cuba kau tengok ni? "

Tetikus digerakkan, menunjukkan ke arah yang disuruh.

" Gila! bertukar tiga buah sekolah dalam tahun ni saja! cuba tengok sebab pertukaran " pinta rakannya. Lelaki berambut merah menurut. Tetikus digerakkan lagi ke arah yang ditunjukkan. Bulat mata rakannya membaca rekod Sakura.

" Apa ni? kali pertama, bergaduh. Kedua, pergaduhan sengaja. Ketiga,...sengaja cari gaduh?. Gila! betul-betul gila. Patut saja Queen Bee lebam-lebam begitu. Bro, aku rasa kalau kita nak kacau budak tu, kena minta bantuan dari yang lain bro."

~ Ingat aku bodoh! aku tahulah~

Lelaki berambut merah cuma ketawa. " Yeah, tapi apapun..." gambar Sakura bersaiz pastport dibesarkan sebelum dicopy.

" Aku mahu berkenalan dengannya dulu " Bouron diteguk sehingga habis.

Wednesday, August 25, 2010

Sakura 13


Higashi: Lain kali hati-hati. Jangan nakal sangat.

Sakura: ......................................................................


Matanya mengecil ketika memerhatikan lelaki itu. Untuk tidak terlalu ketara, Sakura berpura-pura menunggu bas sambil membaca buku. Dia sudah menghantar mesej kepada Pak Cik Yuudai agar mengambil Aja terlebih dahulu. Alasannya senang, dia ada perjumpaan kelab. Padahalnya tengah mengintip seseorang. Dah tentu perkara itu perlu dirahsiakan, kalau tidak percuma sahaja laporan itu akan dihantar kepada ayahnya. Silap-silap dia kena kembali ke Saitama.

Ah!

Tak mahu. Dia sudah cukup bahagia di sini. Dan selebihnya kerana ada hutang yang perlu dia bayarkan untuk Aja. Jadi, walau bagaimanapun caranya dia harus memastikan bahawa rekodnya di sekolah ini berada dalam keadaan baik.

Eiii!!!! geli benar hatinya melihat lelaki itu sedang menggiat dua orang pelajar perempuan di seberang. Berdasarkan uniform yang dipakai oleh mereka pun sudah tahu dari sekolah lain. Ceh! berlagak gentlemanlah pula lelaki ni.

Tidak tahan dengan pemandangan itu, Sakura bangun lantas berlalu pergi, tapi setelah agak jauh dari pandangan lelaki itu, dia menyeberang jalan. Sakura bersembunyi di sebalik pokok besar berdekatan lorong ke tapak perumahan. Beg sekolah diletakkan ke bawah, lantas beberapa ketul batu dikeluarkan. Dia mempunyai masa sekurang-kurangnya setengah jam sebelum bas yang dinaiki lelaki itu akan tiba.

" Ha...kau panggil aku pendek ya?! biar aku tunjuk kau balasan orang yang tak tahu menghormati insan lain. Pendek akal betul kau ni? tak tahu ke aku siapa?. Ini anak gengster terhebat di Saitama tahu! "

Headband di kepala ditanggalkan, mahu menggunakannya sebagai lastik. Kali ini dia tidak akan menggunakan pisau atau jarum kerana risikonya terlalu bahaya. Sempat Sakura membetulkan rambutnya yang terjurai ditiup angin. Dia perlu memastikan segalanya lancar, tak boleh tersilap lagi seperti yang berlaku kepada taiko lima orang itu. Mujur juga mereka itu tidak memecahkan rahsia.

Sasaran ditetapkan, tidak mahu terlastik dua orang gadis yang berada di situ atau orang lain yang berdekatan. Dan....

Zupp!!!!

Lelaki itu terkejut malah melompat. Dua orang gadis di hadapannya juga terkejut dengan perangai lelaki di hadapan mereka. Masing- masing sudah memaparkan riak takut.
Sakura ketawa ketika lelaki itu terpusing-pusing mencari siapa yang membaling batu ke arahnya.

~Padan muka!~




Dari sebalik lorong Higashi memerhatikan Sakura yang tertunduk menahan perut, tidak mahu ketawanya lepas nyaring. Higashi tersengih, geli hati dengan gelagat Sakura yang nakal. Pastinya lelaki itu telah mencabar Sakura. Teringat ketika kali pertama Sakura datang ke sekolah dan memperkenalkan diri dahulu, entah kenapa beria benar hatinya mahu mengusik gadis itu. Perasaan teruja untuk membuli itu sungguh berlainan sekali. Geram juga ada kerana Sakura itu begitu sombong, tak mahu langsung mengangkat muka. Tunduk sahaja begitu. Apa? dia tahulah dia tak cute seperti Akira, tapi manisnya tetap ada!

Dan ketika Sakura menghunus pisau itu, dia bukannya mahu menyentuh Sakura, tidak sekali-kali dia akan melakukan itu kepada mana-mana wanita. Sekadar mahu mengalih labah-labah yang entah bila hinggap di rambut hitam pekat dan bersinar milik gadis itu. Ya, itu sahaja!

Higashi mengeluh.

~ Sakura, kau tahu tak yang kau telah mencuri hati aku? tapi tak apa, aku akan mengambilnya semula. Kerana kau, milik Akira~

Dia melihat Sakura untuk kali terakhir sebelum menyarung jaket hijau ke badan.



Sakura menetapkan sasaran untuk kali terakhir. Kaki sudah, lengan sudah, kepala pun sudah. Jadi yang ini nak sasarkan ke bahagian mana ya? oh, situlah. Dan ketika menetapkan sasaran...

Opsssssssssss!!!!

Batu terlepas, tetapi tetap mengenai sasaran. Cuma bezanya lelaki itu sudah nampak empunya angkara. Merah padam mukanya saat melihat Sakura yang tersengih menggigit jari di sebalik pokok itu.

" Wei!!!!! jangan lari!!!!"
Pantas dia mengejar Sakura yang sudah mengangkat langkah seribu sambil tertawa girang. Sengaja membakar lagi sepasang hati yang sudah rentung. Sakura bukannya takut, tapi dia tidak bolehlah bertarung di hadapan ramai seperti ini. Nanti kalau informer ayahnya tahu bagaimana? dia tak mahu balik ke Saitama! tak mahu! tak mahu!!!

~Ikut, ikut aku! jom bertarung di tempat tersembunyi.~

Dum!!!!!

Mujur lagi dia sempat menangkap badan orang yang dilanggarnya. Kalau tidak tadi pasti sudah jatuh terlentang. sudahlah pakai skirt begini.

" Hoi!!! mana kau nak lari hah!! perempuan tak guna!!!"

Higashi merenung tajam ke arah lelaki itu yang tercengang apabila menyedari ada orang lain yang turut serta. Begnya yang disandang di bahu kiri diserahkan kepada Sakura, lantas berdiri di hadapan. Gayanya seperti seorang hero yang melindungi perempuan dicintainya. Wihhhh! romantis gitu ya?

" Apa dia buat pada kau"
Perlahan sahaja suara Higashi bertanya. Lelaki itu mengerutkan muka.

" Aku tak nak cari gaduh dengan kau ya. Ini urusan budak pendek tu dengan aku. Jadi, baik kau berambus dari sini."

Higashi mengangkat tangan ketika Sakura mahu ke hadapan. Sakura mengerling tangan Higashi.

~Nasib baik hari ni aku tak bawa pisau~

" Dia dalam perlindungan aku. Jadi, kalau kau nak dia, kau kena kalahkan aku dulu "

Lelaki itu terfikir sejenak. Kalau group cheerlady VS group taiko dalam pertandingan bertarung, mana yang menang ya? terdengar ketawa Sakura di belakang Higashi yang disembunyikan dengan helaan nafas kuat dan batuk kecil.

" Aku tak ada masa untuk semua ni." jari telunjuknya dituju ke arah Sakura.
" Kau ingat ya, kali ni aku lepaskan kau. Tapi ingat! baik kau hati-hati di masa hadapan !!! "

Serentak itu dia terus berlalu.

" Hah penakut. Balik #!%$ mak la wei"
Sakura memulangkan semula paku buah keras kepada lelaki itu. Higashi mengerutkan muka.

Dan Sakura terpaku ketika Higashi berpusing...

Monday, August 23, 2010

Sakura 14


Til when are you going to just look over at me like that?
Look at my eyes!
They'e telling you to come forward.

While you're still stalling,
if someone else brings up their courage and takes me,
then how regretful do you want to be?

(Everytime I see you) I try so hard to show you what I feel
(When I keep looking at you) How come you don't know how I feel?
Don't you have any clue?

If you like me then just confront me.
Why are you making it so hard on my part?
If you like me then act brave.
I'm here waiting, so why cant you come? You fool...

Sakura meletakkan kepala pada lengan yang diangkat ke meja, memandang ke arah luar sambil mulutnya tidak henti-henti menyanyikan lagu yang dipasang oleh Aja. Kalau dulu dia selalu berasa kesal kerana Aja ini merupakan peminat 'kipas sampai mati' kumpulan Wondergirl, tapi sekarang rasanya dia mahu mendengar lagu ini hari-hari. You Fool!!!
Sejak dari peristiwa semalam, dia malu untuk berhadapan dengan Higashi. Tak sangka sekarang dia sudah bertukar menjadi punguk yang merindukan bulan.

Nak tahu apa jadi? jom....

Sakura tersentak sewaktu Higashi berpaling, memandangnya jauh ke dalam lautan mata sebelum tenggelam ke dasar hati. Tiada riak marah, atau mengejek di situ. Yang ada cuma pandangan yang tidak dapat dibaca oleh Sakura. Tapi yang dia tahu pandangan itu membuatkan dia terasa seperti mahu rebah kerana malu.

Rambut Higashi yang selalunya tercacak seperti trojan atau ultraman itu sudah disikat kemas, malah baju serabai yang tidak dimasukkan ke dalam baju kini sudah ditukarkan dan digantikan dengan T-shirt putih dan jaket hijau. Senang cakap, penampilan Higashi ini betul-betul membuatkan dia kelihatan lain. Terserlah kehenseman beliau yang tidak pernah disaksikan oleh Sakura, meskipun ada juga Eiko beritahu. Tapi, dia tak percaya. Degil!!. Malah wajahnya yang selalu mempamerkan keseriusan memanjang juga tiada lagi tetapi ekspresinya lebih tenang.

Kenapa pula dia berseorangan, dan macam mana pula dia boleh ada di sini? mana taiko yang lain? dah balikkah?

~Cepat Sakura! lari!!! dia nak balas dendam tu!!!~

Sakura gementar sewaktu Higashi berjalan perlahan ke arahnya.
Neuron di dalam badan Sakura bertungkus-lumus membayar tol untuk melepasi lebuhraya bagi menghantar maklumat ke kakinya, hanya menyebabkan darah Sakura berderau. Otaknya berjalan, tetapi kakinya mengeras.Jadi mahu bagaimana?. Perlahan Higashi mengambil beg di tangan Sakura tanpa memandang ke wajah itu.

" Wanginya..." tanpa sedar perlahan Sakura bersuara apabila angin bertiup dari arah belakang Higashi, menghembus minyak wangi yang dipakai Higashi ke arahnya dengan perlahan. Mujur Higashi tidak mendengar kerana riak wajahnya tidak langsung berubah. Tetap selamba macam tadi. Biasa, second time dapat duduk rapat.

" Lain kali hati-hati. Jangan nakal sangat"

Ah! itu sahajakah? ya itu sahaja kata-katanya tanpa memandang Sakura malah berpaling pergi sambil meraup rambut. Tak romantis langsung. Sakura terus terpaku di situ.

Dan ketika Higashi hilang di sebalik lorong, Sakura berlari mahu melihat Higashi berlalu meskipun cuma dari bahagian belakang. Berharap agar dapat melihat wajah Higashi yang seperti ini sekali lagi. Bolehkah...

Kembali ke masa kini...

Eh! apa ini. You Fool!! baru begitu sahaja pun sudah jatuh cintakah? No! No! No!
Sakura menggelengkan kepala.Tak mungkinlah. Dia bangun dari meja belajar, membuka sliding door dan duduk berteleku di beranda bilik sambil memegang lutut. Memerhatikan cahaya bulan yang bersinar terang. Sebenarnya dia geram kerana Higashi itu selalu membuat seolah-olah Sakura ini invisible! tambah waktu di sekolah tadi pun, tidak langsung melihat ke arahnya.

~Kenapa aku nak geram pula ya? hairan~

" Sakura..." suara yang berbisik itu menggentarkan hatinya.

" Hantu betul kau ni!!" marah Sakura yang jelas terkejut melihat Aja sudah berada di sebelahnya. Sudahlah dia tidak membuka lampu bilik, main bisik-bisik pula. Ini mesti nak kenakan Sakura lagi kerana semalam dia mengajak Sakura menonton cerita hantu. Dan selepas itu, dia sendiri takut mahu tidur seorang.
Melampau betul!

Aja ketawa mengekek sambil duduk bertinggung di sebelah Sakura.

" Jom, teman aku tengok video"

Ah! malas.

" Cerita apa? "

Eh! apa aku cakap ni?

" Cerita korea yang lain pula. Winter sonata. Best!!!nak ya."

Tak nak!!!

" Oklah jom."

You Fool!!!


Sudah masuk kotak kelima Aja menghabiskan tisu. Sakura masih tidak faham apa-apa berkenaan cerita ini. Blur yang teramat sangat. Mana taknya, terus melangkau episod terakhir. Advance betul sepupu dia yang seorang ini.

" Apalah! kena tunjuk partner dia jadi oku ke baru nak buktikan yang itu cinta sejati! ceh" cemuhan Sakura menyebabkan Aja berpaling dengan wajah masam.

" Mestilah. Inilah baru dipanggil cinta sejati. Yoo Jin dan Jun Shang ini memang telah ditakdirkan untuk bersama tahu! dan yang lebih penting mereka ini pencinta sejati. Jadi sebab itu mereka bersama sehingga ke akhirnya"
Aja menghembus air hidung yang meleleh menggunakan tisu.

" Habis tu, minh yuk ni macam mana. Dia pun pencinta sejati juga. Dia betul-betul sayang pada Yoo Jin. Dan lagipun, dia kenal Yoo Jin dulu dari Jun Shang."
Aja menggosok hidung. Berfikir seketika untuk mematahkan hujah Sakura.

" Dia dah mati"
Mak!!!...gila betul Aja ini.

"Cik Muda" Pak Cik yuudai memanggil Aja. Kalau Sakura Pak Cik Yuudai memanggilnya, Cik Sakura. Aja bangun setelah mengelap mukanya. Dia menuju ke arah Pak Cik Yuudai yang menunggu agak jauh dari ruang tamu. Sesekali Sakura berpaling, melihat muka Aja yang berubah-ubah. Nampaknya seperti Pak Cik Yuudai sedang memujuk Aja. Tidak lama kemudian mereka berdua berlalu meninggalkan Sakura berseorangan di situ. Hampir setengah jam kemudian Aja kembali ke ruang tamu.

" Kenapa? " tanya Sakura ketika melihat wajah Aja yang muncung.

" Aku nak masuk tidur dululah."
Setelah mengemas tisu yang digunakan, Aja menuju ke tingkat atas. Kakinya dihentak setiap kali memijak anak tangga. Sakura bangun, niat hati mahu mencari Pak Cik Yuudai bertanyakan masalah Aja. Dan kakinya terhenti di bilik bacaan.
Sakura meletak telinga di pintu.


" Abang dah beritahu anak kita tadi."

" Habis tu, macam mana?"

Diam.

" Nampaknya Aja merajuk dengan kita. Abang memang tak boleh tangguh ke nak pergi ke sana? " suara Auntie Aika kedengaran.

" Memanglah abang dah janji dengan dia, tapi nak buat macam mana. Abang sendiri pun tak sangka perkara begini nak jadi. Lagipun, anak kita kan sudah besar, mesti dia faham masalah kita."

" Habis tu sekarang ni macam mana? "

" Awak suruh Sakura pujuk dia. Lagipun dia kan rapat dengan Sakura"

Terdengar keluhan Auntie Aika.

Eh? aku pula! bisik Sakura, menunjukkan ibu jari ke diri sendiri.

" Yalah, saya pergi cari dia."

Mendengarkan itu Sakura mengangkat langkah seribu menuju ke bilik. Di tangga terakhir, dia terdengar suara Auntie Aika yang menanyakan tentang Sakura kepada Pak Cik Yuudai. Daun pintu ditutup sesenyap mungkin, risau kalau-kalau Auntie Aika dengar. Dan lebih penting, jangan harap dia nak masuk campur urusan keluarga mereka. Anak sendiri, pandai-pandai pujuk. Apa kaitan dengan dia pula?

Sakura menghempas badan ke katil. Berkeriut bunyinya. Uhhhhhhh selesanya.

" Sakura..." Aja timbul dari sebalik katil. Tangannya memegang birai katil.

Ish! dia buat lagi.

" Shhh, kau ni..." Sakura cuba menahan amarah. Ingatkan tadi dia balik ke bilik sendiri. Aja memanjat katil dan duduk di sebelah Sakura. Muncungnya masih belum hilang.

" Apa hal pula ni? "

" Ayah dan ibu aku dah janji nak pergi holiday dengan aku. Tapi mereka batalkan...lagi. Aku sedihlah, kenapa mereka pentingkan kerja daripada aku."

" Wih, sudahlah tu. Bukannya kau tak biasa pun kan."

" Tapi, aku nak mereka luangkan masa dengan aku. Kau tahu, aku berani bertaruh yang ibu langsung tak tahu apa yang aku suka makan, bila hari jadi aku, cerita kegemaran aku, semuanyalah. Kadang-kadang aku rasa macam tak kenal ibu aku sendiri. Dan yang paling best, kawan-kawan aku tak pernah jumpa dengan mak ayah aku. Jadi senangnya aku selalu cakap yang aku ni anak yatim"

Sakura berdeham halus. Faham dengan kekosongan hati Aja. Malah terlebih faham.

" Jangan cakap macam tu. Kau tak tahu macam mana rasanya hilang ibu yang paling kau sayang"

Aja tersentak." Opss, maaf Sakura-san. Aku terlupa pula"
Sakura tersenyum mendengar ayat Aja. " tak apa. Jadi, kali ni Auntie dengan Pak Cik nak ke mana pula?"

Satu keluhan berat dilepaskan.
" Malaysia ".