Hait there friends!!! enjoy ya blog ni...Get this Widget

Tuesday, August 31, 2010

donno...

Park Ye Eun a.k.a Sakura

Lee Dong Wok a.k.a Higashi





Mesti ada yang tertanya ( klu layari blog ni la ) kenapa novel jepun tapi pelakon korea. Well, banyak cerita korea adaptasi dari manga jepun. So...no komen. hahahaha. Dan pemilihan Yenny bukan sebab saya suka dia, tapi adalah kerana mukanya yang kasar itu. Sesuai untuk watak garang.

Lagipun, nak buat macam mana, pelakon jepun tak ada yang lawa-lawa. Tapi, kalau ada yang lawa saya akan ubah. Ok, itu saja nak cakap.

Monday, August 30, 2010

Wishing On A Star

Semalam saya mimpi aneh lagi. Kali ni bukan lagi mimpi novel tapi mimpi tentang ahli baru dalam kumpulan wondergirl, Hae Lim. Saya bukannya minat dengan Hae Lim, malah sejak dia dipilih menggantikan Sun Mi hati ni macam dah tawar untuk kekal dengan WG. Mungkin kerana terlalu merindui Sun Mi agaknya...

Mujur ada Yenny, sebab saya memang minat gila dengan dia jadi terus juga menyokong meski terasa juga kekurangan sejak Sun Mi pergi. Saya betul-betul harap dia akan kembali dan mengambil semula tempatnya dalam WG. Tapi, itulah, harapan cuma harapan.

Pendapat saya, Hae Lim tiada kemajuan langsung bagi menggantikan Sun Mi. Ada juga video persembahan mereka yang saya tengok, tapi macam tak best je tengok tarian dia. Sebab, dia tu keras macam kematu. Ini pada pendapat sayalah. Tak tahu kenapa JYP pilih dia.

Saya bukan benci pada dia, tapi, itulah masih sukar untuk menerima dia dalam kumpulan WG. Dan yang paling saya takut kalau-kalau WG punya populariti akan jatuh. Tambah-tambah sekarang ni dah banyak kumpulan Korea yang makin meningkat naik seperti 4 minutes dan SNSD. Kalau kumpulan lelaki saya tak kisahlah nak meningkat berapa banyak pun.

Cuma nak berkongsi sahaja, kalau tulis banyak-banyak pun bukan ada orang baca. Hihihih!
Apapun, saya nak kongsi video yang diciplak dari youtube ni untuk mengingati Sun Mi, my lovely princess, you are always in my memory....forever!!!

I Wish Your Star Will Shine Again! Sun Mi!!!!!



Sunday, August 29, 2010

Sakura 16


Alamak! tertangkaplah pulak!!!


Oh my god! dari tadi sampai sekarang, sudah waktu untuk pulang pun ( lewat 10 minit ) Puan Gina masih tak mahu menghentikan hujahnya. Masih mahu tuan Pengetua mempercayai yang dia telah menangkap Sakura dan Higashi bersenandung sayang di belakang pokok di padang sekolah. Sudahlah waktu pembelajaran pula tu! dan selebihnya kerana dia memang tak suka dengan Sakura. Pelajar bermasalah.

Cikgu Mars dipanggil selaku penjaga Sakura. Dia juga hampir tidak percaya ketika diberitahu Sakura melakukan perkara itu. Takkanlah! dan selebihnya ialah kerana Higashi itu merupakan anak buah kesayangannya dalam kelab muzik. Tak pernah pula dia mendengar lelaki itu mempunyi teman wanita. Kawan wanita apatah lagi.

" Saya tak percaya mereka berdua akan melakukan itu" tegas Cikgu Mars.

" Awak boleh cakap apa sahaja, tapi yang penting saya sudah mendapat bukti bahawa pelajar-pelajar ini memberi contoh yang tidak baik! "

Tuan Pengetua memerhatikan Sakura yang santai tanpa mempedulikan kata-kata Puan Gina. Alih-alih dia mengerling Higashi, Higashi mengerling balik. Dan kemudian mereka tersenyum.
Puan Gina di hadapan pula masih lagi belum mahu melepaskan mereka berdua pergi. Masih meneruskan bebelannya.

" Puan Gina. please, cukup! " pinta Tuan Pengetua. Sakit kepalanya dengan ceramah Puan Gina. Langsung tak beri peluang dia nak bercakap pula.

" Saya nak pastikan mereka berdua mendapat hukuman yang sepatutnya! " kali ini Puan Gina tersenyum bangga ke arah Sakura. Higashi mengerling tajam Puan Gina. Sebetulnya dia juga amat anti perempuan tua seorang ini. Berlagak baik konon, padahal dia langsung tak tahu perangai anak-anak buah kesayangannya itu. Yang dia nampak pelajar-pelajar seperti Higashi dan Sakura inilah!

" Sakura, saya bagi awak peluang bela diri dulu " ujar Tuan Pengetua.

" Huh! dah tentulah dia tak mahu mengaku! " Puan Gina masih belum puas. Sakura mengetap gigi. Tadi ketika di padang, entah dari mana Puan Gina ini muncul, mungkin turun dari langit agaknya. Kerana itu dia boleh tahu di mana mereka berdua berada padahal pokok itu kan agak tersembunyi, lalu marah-marah kerana mereka berdua berada di padang sekolah.

Tapi, yang dia pasti lelaki itu ada sekali. Lelaki mana? Lelaki yang dilastik dengan batu itulah. Tersengih bangga sama seperti Puan Gina di hadapannya ini. Hish! itulah Higashi ni, macam mana Sakura tak menjadi nakal?

" Bela diri? buat apa? " angkuh suaranya membuatkan Puan Gina semakin panas. Sudah terang lagi bersuluh pun tak mahu mengaku? Tuan Pengetua mengeluh. Dia memerhatikan sesusuk tubuh itu yang dari tadi langsung tak takut, malah tak peduli!

" Higashi. " arahan Tuan Pengetua amat difahami. Higashi mengangkat bahu. Langsung tidak menoleh ke arah Tuan Pengetua.

" Puan Gina. Boleh saya tahu dari mana awak boleh menangkap mereka berdua? " tanya Tuan Pengetua. Gawat ni! macam mana dia mahu report sama Ayah Sakura. Kerana ada sesuatu yang menggentarkannya. Apa? sekejap ya....

" Ya, ada pelajar yang melaporkan kepada saya. "

" Siapa? " Cikgu Mars pantas menyambut. Bukan apa, dia mahu membuat perhitungan dengan pelajar itu. Perkara ini bukannya kecil.

Puan Gina menyebut nama pelajar dan kelas budak lelaki yang dilastik oleh Sakura. Tidak tahu bahawa Sakura merekod segala dalam kepalanya. Mendengar penerangan Puan Gina menyebabkan Tuan Pengetua berubah laku. Bosan yang amat sangat sehingga terlepas pen di tangan.

" Puan Gina !! awak sedar tak pelajar yang melaporkan itu juga ialah pelajar yang selalu membuat masalah di sekolah?!!" marah Tuan Pengetua.

" Ya, tapi..."

" Awak dah bazirkan masa saya untuk ini semata-mata? bagaimana kita boleh mempercayai pelajar yang juga bermasalah dalam hal ini?!!. " kali ini Tuan Pengetua benar-benar bengang.

" Tapi, mereka berdua tetap salah!!! saya saksikan mereka dengan mata saya sendiri. " bangkang Puan Gina. Tetap mahu menegakkan benang yang basah.

" Jadi mereka akan dihukum!!!. Saya harap awak puas hati Puan Gina. Sekarang kamu semua boleh keluar! "
Pengetua meninggikan suara, menyebabkan Puan Gina tidak berkata apa lagi. Terus keluar tanpa berpaling ke arah Sakura mahupun Tuan Pengetua. Takut dengan amukan Tuan Pengetua. Cikgu Mars mengiringi Sakura keluar.

" Kecuali kamu Higashi! " Higashi yang sudah berada di muka pintu terhenti.

" Pastikan ini yang terakhir. Saya tak mahu dengar lagi perkara begini berulang. Tambah-tambah lagi membabitkan Sakura. "
Higashi pelik mendengar arahan Pengetua tapi dia tetap diam.

" Janji Higashi. Jangan dekat sangat dengan dia" suara Pengetua kedengaran merayu pula. Higashi mengeluh berat.

" Baik, ayah! "





Sakura berjalan perlahan-lahan. Sekolah sudah sunyi kini. Tadi dia ada nampak kereta Puan Gina yang berlalu pergi. Ngauman kereta Puan Gina seperti mahu berlumba haram pula. Mengingatkan itu Sakura tersenyum sendiri. Tapi kemudian senyumannya mati. Entah macam mana mahu menyampaikan kepada ayahnya nanti. Mahu orang tua tu mengamuk pula jika tahu Sakura ditangkap berdating di belakang pokok. Dia tak mahu pulang....

" Sakura! " jeritan itu menyebabkan hati Sakura kembali berbunga. Dia berpaling dengan muka berkerut. Konon tak sukalah tu. Higashi berlari-lari menghampiri menyebabkan Sakura berdebar lagi.

~ Aduh! masa bila pula dia salin baju dah!~

Kali ini Higashi memakai baju merah, terserlah warna kulitnya yang cerah. Belum kira mulutnya lagi!.

" Kau balik dengan apa? " tanyanya sebaik sampai di depan Sakura. Jarak didekatkan lagi. Kesian Sakura kena mendongak.

" Erm..." Sakura blurr sekejap mahu menjawab.Sebab dia lupa naik apa! yang dia ingat ialah terbang dan melayang. Gila itu kan!
" Pa..pak cik aku ambik " katanya dan terus berpaling lagi.

" Hei, jangan laju sangat nanti jatuh. " Higashi memegang lengan Sakura. Cuma sekejap tapi kehangatannya menjalar ke seluruh tubuh. Sakura diam. Banyak yang ingin dikata tapi tak tahu yang mana mahu dimulakan dulu.

" Sakura, kalau ibu bapa kau tahu, biar aku jelaskan pada mereka ya? " Sakura tersentak mendengar permintaan Higashi. Biar benar kau!

Higashi meraup rambut. Hensemnya....

" Yalah, aku kan lelaki. Jadi, mungkin mereka anggap aku nak rosakkan kau pula. Apa kata aku jumpa mereka hari ni nak? nanti bila pengetua beritahu mereka tak terkejut sangat. Pak cik kau ambil kan? biar aku jumpa dia ya."
Cadangan Higashi membuatkan sakura sesak nafas.

" Hah! eh, tak usahlah!!! " jeritnya. Nafas Sakura tercungap-cungap.

" Hei kau kenapa? sesak nafas ke? " Higashi gusar, lalu memegang bahu Sakura. Oh my god!!!
lagi tak teratur nafas Sakura kali ini.

" Sakura!!!"

Bulat mata Sakura melihat empunya suara. Yih!!! Aja?! dan Pak Cik Yuudai pun ada. Mereka berdua sedang menanti di kereta.
Aja mengangkat sebelah kening dan memeluk tubuh. Macam seorang ibu yang marah. Pak cik Yuudai? tak ada perasaan. Melihatkan itu Higashi dapat mengagak orang tua itu pastinya Pak Cik yang dikatakan. Dan gadis di sebelah yang dia tak peduli siapa itu, lantaklah. Tak penting!. Laju kakinya melangkah menuju ke arah Pak Cik Yuudai. Aja juga segera mendekati Pak cik Yuudai setelah melihat Higashi yang menghampiri. Sibuk saja!.

Sakura terpaku seketika sebelum berusaha menarik Higashi. Sekejap pegang ,sekejap lepas. Mana taknya bila pegang Aja membuntangkan mata. Macam tak faham pula.

" Pak Cik, saya Higashi. Kawan sekelas Sakura, ..." dan seterusnya dari A sampai Z diceritakan kepada Pak Cik yuudai. Sakura hampir mati di situ menahan malu.

~ Higashi!! kenapa kau bodoh sangat?!!!~

Pak Cik Yuudai yang tak pernah ada anak tak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia melihat ke belakang. Sakura memberi isyarat diam, tandanya jangan membuka rahsia. Pak Cik Yuudai segera mengerti.

" Ah...ok...er...tak apalah." itu sahaja katanya. Tapi, dia menepuk-nepuk bahu Higashi. Bangga. " Kamu memang lelaki jujur. Bagus, bagus " itu sahaja kata-katanya.

Higashi tersengih menerima pujian itu.

" Err, tapi pak cik jangan marah Sakura pula ya. Nanti kalau ibu dan ayahnya masih marah, tolong beritahu saya ya. Saya akan menjelaskan kepada mereka nanti. "

Pak Cik Yuudai mengangguk sementara Aja pula sudah tidak sabar mahu mendengar penjelasan dari Sakura. Pintu kereta sudah dibukanya awal-awal lagi, sambil mengisyaratkan agar Sakura segera masuk. Sakura buat tak peduli.

" Terima kasih Pak Cik. Saya janji benda ni tak akan berulang lagi. "

Setelah beberapa minit sesi temu duga begitu, Higashi menunduk hormat, mengucapkan selamat tinggal kepada Sakura dan berlalu pergi. Langsung tidak peduli pada Aja yang tersengih memandang dengan gaya menggoda membuatkan Sakura, arghhhhhhhhh!!!! geram! gatal! miang!

Pak Cik Yuudai dan Aja, memandang Sakura.

~Oh boy...~




Dalam kereta itu, Sakura terasa seperti berada di gurun Sahara meskipun tingkap kereta sudah dibuka seluasnya.. Aja belum habis-habis lagi memprotes, konon-konon Sakura itu menyimpan teman lelaki dari pengetahuannya.

" Wihh!! kan aku dah kata, dia bukannya teman lelaki aku! "

" Yakah? wah kalau begitu kenalkan aku padanya. Aku mahu! Pak Cik, hensem kan lelaki tadi?! " Aja sengaja mencari pasal. Pak Cik Yuudai tidak memberi reaksi, cuma tersenyum dari tadi mendengar pertelingkahan antara Sakura dan Aja. Tak berani mahu masuk campur. Keduanya Cik Muda, jadi bagaimana?

" Kau jangan mengada-ngada! " marah Sakura membuatkan Aja menjeling sinis.
" Tengok Pak Cik, dia tak mahu mengaku. Buruk perangai"

Sakura buat tak tahu, malas mahu terus melayan sikap kebudak-budakan Aja. Biarlah dia mahu kata apa, janji yang penting sekarang ialah bagaimana mahu menjelaskan kepada ayahnya.

Dan Aja terus berceloteh mengenai Higashi sehinggalah tiba di rumah.

" Oh! jadi dia itulah Higashi ya? yang kau marah-marah aku tu? " Aja masih belum berputus asa.
Dia mengikut ke mana sahaja Sakura pergi. Rimas betul!

" Ya! dia itu orangnya, puas hati? dan dia bukannya teman lelaki aku Faham?! " Sakura yang mahu ke dapur mematikan niatnya, merenung Aja di hadapan. Aja mengangkat tangan, tanda mengalah.

" Siapa Higashi? "

Dua pasang mata segera beralih.

Oh my god!!!!!!!!

Friday, August 27, 2010

Sakura 15


Love Comes Around : Did you hear the melody inside me?

" Hari budaya? " suaranya malas sekali. Bukan tak dengar, saja mahu melengah-langahkan jawapan. Eiko di tepi cuma diam mendengar Natsumi selaku penolong kelas yang sedang cuba memujuk Sakura menolong menyiapkan patung ikan dolphin untuk Hari Budaya yang akan diadakan tiga hari lagi di sekolah mereka. Cuma...Sakura ini awal-awal lagi sudah menyampaikan yang dia tak mahu masuk campur apa-apa pun.

" Bolehlah Sakura ya? kita tak cukup orang ni." pujuk Natsumi. Meski tak biasa dengan gadis itu, tapi dia betul-betul perlukan pertolongan Sakura sekarang. Eiko tak boleh kerana dia ada tugas lain yang sememangnya sudah ditetapkan sejak awal tahun lagi. Sakura tidak menjawab, leka menyisir rambut sejak tadi. Entah kenapa mahu melakukan itu dia pun tak tahu.

" Malaslah" sepatah dia menjawab.

Natsumi mengeluh. " Alah Sakura, tak akan kau nak malukan kelas kita? " pujuk Natsumi lagi.

" Kan budak junior ada, minta saja pertolongan dari mereka."

" Aduh! mana boleh. Ini kan kelas kita, jadi kita uruskanlah sendiri."

" Mana cukup masa. Kenapa tak lakukan dari awal lagi, ini cuma tinggal lagi tiga hari baru nak buat. Barang-barangnya pun belum beli lagi." rungut Sakura. Sudahlah nak buat patung tu besar, panjang dua buah kelas saiznya. Dua ekor pula tu! kan kerja gila!.

" Eh, ini kan tradisi kelas kita. Lagi last minute lagi kita suka"
Sakura tidak percaya mendengar kata-kata Natsumi. Unbeliavable!!!. Dia termenung lagi, cuba memikirkan perlu atau tidak menyetujui rancangan Natsumi. Dan...

" Tak mahulah. Aku tak nak datang sekolah hari tu." tegas Sakura. Natsumi putus asa, menoleh ke arah Eiko cuba memohon simpati agar gadis itu memujuk Sakura. Eiko mengangkat bahu. Masalahnya kalau Sakura kata tak mahu, ertinya T-A-K M-A-H-U .

Shin yang sedari tadi berucap di hadapan kelas kerana dia ini ketua kelas, mampir ke arah Natsumi setelah kerjanya selesai. Taiko yang lain juga ikut dari belakang membuatkan Sakura menyampah. Mereka ini memang tak boleh dipisahkankah?

" Macam mana? dah cukup orang? " Natsumi mengeluh berat mendengar pertanyaan Shin. Kepalanya terasa semakin berat. Stress betul. Sudahlah dia gagal memujuk Sakura, mana lagi mahu mencari tenaga sukarelawan? takkan mahu mengajak Miss Vanilla pula?
Eiko tersenyum pada Akira. Memang mereka agak rapat sejak akhir-akhir ini. Semuanya selepas ujian hari itu. Akira membalas, tapi kemudian dia turut memerhatikan Sakura.

" Kena cari orang lain " suara Natsumi seakan berbisik menyampaikan jawapan.

Shin mengerut muka, pantas menoleh ke arah Sakura yang lebih rela melihat ke arah luar sejak mereka datang ke sini. Tidak sudi menoleh. Takashi berdehem, yang cuma dia tahu kenapa.

" Sakura, kau ada kerja lainkah? " kedua tangan diletakkan pada meja Sakura. Ibarat seorang bos menanyakan soalan kepada orang bawahan. Kesemua yang lain memerhatikan Sakura dan Shin. Kelas sepi seketika.

" Tak..."

" Jadi apa masalahnya? "

" Aku tak nak campur "

" Kenapa "

" Tak ada apa"

" Alasan kau tak boleh diterima. Kau akan membantu Natsumi dan yang lain membina model patung Dolphin. Ini satu arahan! "
Shin, meskipun sikap gatalnya itu sangat-sangatlah negatif, tapi sekurangnya sikap positif yang ada padanya ialah dia seorang ketua yang berkaliber. Habis, kenapa Higashi yang menjadi ketua taiko pula ya? tunggu....

Sakura berhenti menyisir rambut. Arahan?!!!

Dia beralih, menentang mata Shin yang juga enggan menyerah kalah. Melihatkan itu Eiko segera menutup telinga dengan kedua belah telapak tangan. Tahu kejadian yang akan berlaku seterusnya. Dan dia amat-amatlah tidak suka. Malah tidak akan pernah suka!

" Arahan?! kau siapa mahu arahkan aku sesuka hati. Aku dah katakan aku tak mahu! lagipun, kalau dah tak boleh buat tu hentikan sajalah. Buat apa mahu menyeksa diri! "
Kali ini Sakura sudah tidak boleh menahan diri. Lantas saja dia melepaskan rasa geram kepada Shin. Akan terputuskah persahabatan mereka?

Ah! Sakura tidak pernah peduli.

Shin hangat hati. " Kau dengar ya! aku ketua kelas ni. Dan kau, perlu dengar arahan aku. Kalau kau tak hormatkan aku pun, sekurangnya tolong fikirkan rakan-rakan kau yang lain. Mereka juag sanggup bersusah payah untuk menyambut Hari Budaya. Boleh tak kau jangan pentingkan diri sekali -sekala?!!"

Dush!!! bagai panah berapi kata-kata Shin itu. Sakura menahan diri agar tidak menangis. Merah padam mukanya.

" Shin, sudahlah kalau dia tak mahu. Aku boleh cari orang lain" Natsumi cuba meleraikan keadaan. Takut juga hanya kerana perkara ini, ada yang masam muka pula. Tentulah tak seronok begitu kan?

Berdecit bunyi kerusi ketika Sakura bangun. Lantas dia keluar tanpa mempedulikan pandangan rakan-rakan kelas yang lain, atau jika ada guru yang akan masuk. Mereka semua terkejut. Eiko serba-salah mahu pergi atau tidak. Takkan mahu tinggalkan kelas?

~ Arahan konon! ingat dia tu perfect sangat. Dahlah gatal! aku nak tengok macam mana kau nak
paksa aku. Bodoh~




Di bawah pokok itu Sakura melepaskan segala rasa geram di hati. Sudahlah sejak beberapa hari ini hidupnya rasa tak menentu , mahu main paksa-paksa pula!. Mujur ada angin sepoi-sepoi yang bertiup perlahan. Sekurangnya hati yang panas dapat disejukkan sedikit.

" Dah ok? "

Terkejut. Eish! betulkah suara itu?

" Kau nak apa? cari gaduh?! " kasar balasan yang diterima.

Higashi tidak menjawab, santai duduk di sebelah Sakura. Tidak terlalu dekat, dan tidak terlalu jauh. Cukup untuk menangkis serangan jika Sakura menyerang. Sakura merenung tajam Higashi yang melihat ke hadapan. Hah, tengok tu, kan dah kata dia ni suka buat Sakura macam invisible.

" Kenapa kau tak nak datang Sakura? "

" Sibuk! kau tak perlu tahu. Ada ke tak ada ke sama saja. Lagipun, kalau aku tak datang mesti kau rasa lagi bahagia hidup kan? " ada nada merajuk di situ. Dan Higashi tidak mengerti. Lagipun dia kan lelaki. Susah nak faham benda-benda tersirat macam ni.

" Kenapa kau cakap macam tu? sejak kau datang, Eiko makin ceria tau"

Sretttt!!! Eiko?

" Kau datang sini buat apa?! nak pujuk aku? tak payah. Kalau sekolah ni terbakar pun aku tetap tak datang tahu! "

" Siapa nak pujuk kau? perasan betul" Higashi menahan senyum. Seronok juga sekali -sekala membuat Sakura marah. " Dengar aku nak cakap dulu, jangan asyik nak marah saja. " Sambungnya cepat-cepat apabila melihat wajah Sakura yang sudah berubah ketam rebus.

" Kenapa aku nak dengar cakap kau?! " marah Sakura.

Higashi sempat melihat tangan Sakura yang sudah tergenggam kemas itu. Wih!! baik hati-hati.

" Aku nak minta maaf " ikhlas ucapan yang tidak disengajakan, membuat Sakura bingung.

" Hah? "

" Ya, aku tahu mesti kau terasa aku selalu buat tak tahu pada kau. Tapi aku bukan sengaja. Yalah, aku kan ketua taiko. Nanti kalau aku rapat dengan perempuan mesti musuh aku ingat kau teman wanita aku. Jadi, kan bahaya nanti? kalau jadi apa-apa pada kau macam mana aku nak bertanggungawab. "

Angin berhembus lembut.

Dari bahagian sisi, Higashi dapat melihat kaki Sakura yang terkangkang tadi perlahan-lahan melunjur. Lama mereka terdiam di situ.

" Sakura..."

" Nanti datang tolong ya..."

Alahai, lembutnya suara serak basah Higashi. Sakura perlahan mengangguk tanpa melihat Higashi yang sudah tersengih.

" Kau, tak apa ke tinggal kelas? " tanya Sakura. Tiada lagi suara kasar yang kedengaran.

" Entahlah. Dah memang lewat pun. Kalau masuk sekarang kena denda duduk luar juga "

Sakura ketawa senang. Mereka kembali berbual seperti berjumpa di cafe atau pasar pula. Sehinggalah......

" Hei kamu berdua!!!"

*******************************************************************************

Seorang lelaki berambut merah duduk bersandar di sofa, Santai menonton televisyen. Sebotol arak sederhana besar bertulis Bouron hampir separuh diminumnya. Seorang lagi lelaki datang duduk di hadapannya dengan membawa beberapa helai kertas putih. Mukanya kelihatan sangat tidak puas hati.

" Aku tak boleh percaya langsung! " Sentaro menggelengkan kepala.

" Apa yang kau dapat? " kertas di tangan Sentaro diambil. Berkerut dahinya membaca data yang diperoleh Sentaro. Cuma ada namanya tanpa ayah, serta nama kelab dan kelas yang diletakkan.

Sentaro mengeluh. " Itulah, kau sendiri pun terkejut kan? Aku penat-penat godam komputer sekolah tu, alih-alih jumpa ni saja. "

" Interesting! " senyuman jahat terukir.

" Kau jangan kasi aku marah bro! aku belum putus asa tahu! "
Dia bangun, kembali menghadap komputer di meja bulat yang penuh dengan kertas-kertas yang tidak tahu apa kegunaannya. Mungkin sengaja tunjuk rajin agaknya.

Lelaki berambut merah bangun, ingin melihat apa lagi yang berjaya diperoleh rakannya itu kali ini. Beberapa kali juga Sentaro mengetuk meja melepaskan geram kerana tidak berjaya mencari maklumat yang diperlukan. Lama begitu akhirnya Lelaki berambut merah menjadi bosan.

" Heh! berapa lama lagi kau perlu? "

" Rileks ok rileks! kau jangan kacau aku boleh tak? aku nak fokus ni"
Matanya masih setia di hadapan monitor meski sudah hampir lima jam dia di situ. Lelaki berambut merah memeluk tubuh.

" Hah!!! hahaha, aku dah dapat! " jeritnya gembira. Dari kaca monitor data-data mengenai Sakura tertera di depan mata. " Sekarang siapa hebat? "

Lelaki berambut merah tidak menjawab, lebih suka membaca maklumat yang baru diperoleh.

" Yooshie Sakura, 18 tahun, Lahir di Saitama. Oh, budak Saitama rupanya. Mari kita lihat apa lagi yang kau ada " kali ini dia mengambil alih. Keyboard ditekan laju.

" Apa yang kau buat? " tanya rakannya. Lelaki berambut merah tidak menjawab.

" Kau jangan kacau aku ya? aku nak fokus" selamba dia membalas kata-kata rakannya tadi.
Sebentar kemudian dia berhenti. " Hei! cuba kau tengok ni? "

Tetikus digerakkan, menunjukkan ke arah yang disuruh.

" Gila! bertukar tiga buah sekolah dalam tahun ni saja! cuba tengok sebab pertukaran " pinta rakannya. Lelaki berambut merah menurut. Tetikus digerakkan lagi ke arah yang ditunjukkan. Bulat mata rakannya membaca rekod Sakura.

" Apa ni? kali pertama, bergaduh. Kedua, pergaduhan sengaja. Ketiga,...sengaja cari gaduh?. Gila! betul-betul gila. Patut saja Queen Bee lebam-lebam begitu. Bro, aku rasa kalau kita nak kacau budak tu, kena minta bantuan dari yang lain bro."

~ Ingat aku bodoh! aku tahulah~

Lelaki berambut merah cuma ketawa. " Yeah, tapi apapun..." gambar Sakura bersaiz pastport dibesarkan sebelum dicopy.

" Aku mahu berkenalan dengannya dulu " Bouron diteguk sehingga habis.

Wednesday, August 25, 2010

Sakura 13


Higashi: Lain kali hati-hati. Jangan nakal sangat.

Sakura: ......................................................................


Matanya mengecil ketika memerhatikan lelaki itu. Untuk tidak terlalu ketara, Sakura berpura-pura menunggu bas sambil membaca buku. Dia sudah menghantar mesej kepada Pak Cik Yuudai agar mengambil Aja terlebih dahulu. Alasannya senang, dia ada perjumpaan kelab. Padahalnya tengah mengintip seseorang. Dah tentu perkara itu perlu dirahsiakan, kalau tidak percuma sahaja laporan itu akan dihantar kepada ayahnya. Silap-silap dia kena kembali ke Saitama.

Ah!

Tak mahu. Dia sudah cukup bahagia di sini. Dan selebihnya kerana ada hutang yang perlu dia bayarkan untuk Aja. Jadi, walau bagaimanapun caranya dia harus memastikan bahawa rekodnya di sekolah ini berada dalam keadaan baik.

Eiii!!!! geli benar hatinya melihat lelaki itu sedang menggiat dua orang pelajar perempuan di seberang. Berdasarkan uniform yang dipakai oleh mereka pun sudah tahu dari sekolah lain. Ceh! berlagak gentlemanlah pula lelaki ni.

Tidak tahan dengan pemandangan itu, Sakura bangun lantas berlalu pergi, tapi setelah agak jauh dari pandangan lelaki itu, dia menyeberang jalan. Sakura bersembunyi di sebalik pokok besar berdekatan lorong ke tapak perumahan. Beg sekolah diletakkan ke bawah, lantas beberapa ketul batu dikeluarkan. Dia mempunyai masa sekurang-kurangnya setengah jam sebelum bas yang dinaiki lelaki itu akan tiba.

" Ha...kau panggil aku pendek ya?! biar aku tunjuk kau balasan orang yang tak tahu menghormati insan lain. Pendek akal betul kau ni? tak tahu ke aku siapa?. Ini anak gengster terhebat di Saitama tahu! "

Headband di kepala ditanggalkan, mahu menggunakannya sebagai lastik. Kali ini dia tidak akan menggunakan pisau atau jarum kerana risikonya terlalu bahaya. Sempat Sakura membetulkan rambutnya yang terjurai ditiup angin. Dia perlu memastikan segalanya lancar, tak boleh tersilap lagi seperti yang berlaku kepada taiko lima orang itu. Mujur juga mereka itu tidak memecahkan rahsia.

Sasaran ditetapkan, tidak mahu terlastik dua orang gadis yang berada di situ atau orang lain yang berdekatan. Dan....

Zupp!!!!

Lelaki itu terkejut malah melompat. Dua orang gadis di hadapannya juga terkejut dengan perangai lelaki di hadapan mereka. Masing- masing sudah memaparkan riak takut.
Sakura ketawa ketika lelaki itu terpusing-pusing mencari siapa yang membaling batu ke arahnya.

~Padan muka!~




Dari sebalik lorong Higashi memerhatikan Sakura yang tertunduk menahan perut, tidak mahu ketawanya lepas nyaring. Higashi tersengih, geli hati dengan gelagat Sakura yang nakal. Pastinya lelaki itu telah mencabar Sakura. Teringat ketika kali pertama Sakura datang ke sekolah dan memperkenalkan diri dahulu, entah kenapa beria benar hatinya mahu mengusik gadis itu. Perasaan teruja untuk membuli itu sungguh berlainan sekali. Geram juga ada kerana Sakura itu begitu sombong, tak mahu langsung mengangkat muka. Tunduk sahaja begitu. Apa? dia tahulah dia tak cute seperti Akira, tapi manisnya tetap ada!

Dan ketika Sakura menghunus pisau itu, dia bukannya mahu menyentuh Sakura, tidak sekali-kali dia akan melakukan itu kepada mana-mana wanita. Sekadar mahu mengalih labah-labah yang entah bila hinggap di rambut hitam pekat dan bersinar milik gadis itu. Ya, itu sahaja!

Higashi mengeluh.

~ Sakura, kau tahu tak yang kau telah mencuri hati aku? tapi tak apa, aku akan mengambilnya semula. Kerana kau, milik Akira~

Dia melihat Sakura untuk kali terakhir sebelum menyarung jaket hijau ke badan.



Sakura menetapkan sasaran untuk kali terakhir. Kaki sudah, lengan sudah, kepala pun sudah. Jadi yang ini nak sasarkan ke bahagian mana ya? oh, situlah. Dan ketika menetapkan sasaran...

Opsssssssssss!!!!

Batu terlepas, tetapi tetap mengenai sasaran. Cuma bezanya lelaki itu sudah nampak empunya angkara. Merah padam mukanya saat melihat Sakura yang tersengih menggigit jari di sebalik pokok itu.

" Wei!!!!! jangan lari!!!!"
Pantas dia mengejar Sakura yang sudah mengangkat langkah seribu sambil tertawa girang. Sengaja membakar lagi sepasang hati yang sudah rentung. Sakura bukannya takut, tapi dia tidak bolehlah bertarung di hadapan ramai seperti ini. Nanti kalau informer ayahnya tahu bagaimana? dia tak mahu balik ke Saitama! tak mahu! tak mahu!!!

~Ikut, ikut aku! jom bertarung di tempat tersembunyi.~

Dum!!!!!

Mujur lagi dia sempat menangkap badan orang yang dilanggarnya. Kalau tidak tadi pasti sudah jatuh terlentang. sudahlah pakai skirt begini.

" Hoi!!! mana kau nak lari hah!! perempuan tak guna!!!"

Higashi merenung tajam ke arah lelaki itu yang tercengang apabila menyedari ada orang lain yang turut serta. Begnya yang disandang di bahu kiri diserahkan kepada Sakura, lantas berdiri di hadapan. Gayanya seperti seorang hero yang melindungi perempuan dicintainya. Wihhhh! romantis gitu ya?

" Apa dia buat pada kau"
Perlahan sahaja suara Higashi bertanya. Lelaki itu mengerutkan muka.

" Aku tak nak cari gaduh dengan kau ya. Ini urusan budak pendek tu dengan aku. Jadi, baik kau berambus dari sini."

Higashi mengangkat tangan ketika Sakura mahu ke hadapan. Sakura mengerling tangan Higashi.

~Nasib baik hari ni aku tak bawa pisau~

" Dia dalam perlindungan aku. Jadi, kalau kau nak dia, kau kena kalahkan aku dulu "

Lelaki itu terfikir sejenak. Kalau group cheerlady VS group taiko dalam pertandingan bertarung, mana yang menang ya? terdengar ketawa Sakura di belakang Higashi yang disembunyikan dengan helaan nafas kuat dan batuk kecil.

" Aku tak ada masa untuk semua ni." jari telunjuknya dituju ke arah Sakura.
" Kau ingat ya, kali ni aku lepaskan kau. Tapi ingat! baik kau hati-hati di masa hadapan !!! "

Serentak itu dia terus berlalu.

" Hah penakut. Balik #!%$ mak la wei"
Sakura memulangkan semula paku buah keras kepada lelaki itu. Higashi mengerutkan muka.

Dan Sakura terpaku ketika Higashi berpusing...

Monday, August 23, 2010

Sakura 14


Til when are you going to just look over at me like that?
Look at my eyes!
They'e telling you to come forward.

While you're still stalling,
if someone else brings up their courage and takes me,
then how regretful do you want to be?

(Everytime I see you) I try so hard to show you what I feel
(When I keep looking at you) How come you don't know how I feel?
Don't you have any clue?

If you like me then just confront me.
Why are you making it so hard on my part?
If you like me then act brave.
I'm here waiting, so why cant you come? You fool...

Sakura meletakkan kepala pada lengan yang diangkat ke meja, memandang ke arah luar sambil mulutnya tidak henti-henti menyanyikan lagu yang dipasang oleh Aja. Kalau dulu dia selalu berasa kesal kerana Aja ini merupakan peminat 'kipas sampai mati' kumpulan Wondergirl, tapi sekarang rasanya dia mahu mendengar lagu ini hari-hari. You Fool!!!
Sejak dari peristiwa semalam, dia malu untuk berhadapan dengan Higashi. Tak sangka sekarang dia sudah bertukar menjadi punguk yang merindukan bulan.

Nak tahu apa jadi? jom....

Sakura tersentak sewaktu Higashi berpaling, memandangnya jauh ke dalam lautan mata sebelum tenggelam ke dasar hati. Tiada riak marah, atau mengejek di situ. Yang ada cuma pandangan yang tidak dapat dibaca oleh Sakura. Tapi yang dia tahu pandangan itu membuatkan dia terasa seperti mahu rebah kerana malu.

Rambut Higashi yang selalunya tercacak seperti trojan atau ultraman itu sudah disikat kemas, malah baju serabai yang tidak dimasukkan ke dalam baju kini sudah ditukarkan dan digantikan dengan T-shirt putih dan jaket hijau. Senang cakap, penampilan Higashi ini betul-betul membuatkan dia kelihatan lain. Terserlah kehenseman beliau yang tidak pernah disaksikan oleh Sakura, meskipun ada juga Eiko beritahu. Tapi, dia tak percaya. Degil!!. Malah wajahnya yang selalu mempamerkan keseriusan memanjang juga tiada lagi tetapi ekspresinya lebih tenang.

Kenapa pula dia berseorangan, dan macam mana pula dia boleh ada di sini? mana taiko yang lain? dah balikkah?

~Cepat Sakura! lari!!! dia nak balas dendam tu!!!~

Sakura gementar sewaktu Higashi berjalan perlahan ke arahnya.
Neuron di dalam badan Sakura bertungkus-lumus membayar tol untuk melepasi lebuhraya bagi menghantar maklumat ke kakinya, hanya menyebabkan darah Sakura berderau. Otaknya berjalan, tetapi kakinya mengeras.Jadi mahu bagaimana?. Perlahan Higashi mengambil beg di tangan Sakura tanpa memandang ke wajah itu.

" Wanginya..." tanpa sedar perlahan Sakura bersuara apabila angin bertiup dari arah belakang Higashi, menghembus minyak wangi yang dipakai Higashi ke arahnya dengan perlahan. Mujur Higashi tidak mendengar kerana riak wajahnya tidak langsung berubah. Tetap selamba macam tadi. Biasa, second time dapat duduk rapat.

" Lain kali hati-hati. Jangan nakal sangat"

Ah! itu sahajakah? ya itu sahaja kata-katanya tanpa memandang Sakura malah berpaling pergi sambil meraup rambut. Tak romantis langsung. Sakura terus terpaku di situ.

Dan ketika Higashi hilang di sebalik lorong, Sakura berlari mahu melihat Higashi berlalu meskipun cuma dari bahagian belakang. Berharap agar dapat melihat wajah Higashi yang seperti ini sekali lagi. Bolehkah...

Kembali ke masa kini...

Eh! apa ini. You Fool!! baru begitu sahaja pun sudah jatuh cintakah? No! No! No!
Sakura menggelengkan kepala.Tak mungkinlah. Dia bangun dari meja belajar, membuka sliding door dan duduk berteleku di beranda bilik sambil memegang lutut. Memerhatikan cahaya bulan yang bersinar terang. Sebenarnya dia geram kerana Higashi itu selalu membuat seolah-olah Sakura ini invisible! tambah waktu di sekolah tadi pun, tidak langsung melihat ke arahnya.

~Kenapa aku nak geram pula ya? hairan~

" Sakura..." suara yang berbisik itu menggentarkan hatinya.

" Hantu betul kau ni!!" marah Sakura yang jelas terkejut melihat Aja sudah berada di sebelahnya. Sudahlah dia tidak membuka lampu bilik, main bisik-bisik pula. Ini mesti nak kenakan Sakura lagi kerana semalam dia mengajak Sakura menonton cerita hantu. Dan selepas itu, dia sendiri takut mahu tidur seorang.
Melampau betul!

Aja ketawa mengekek sambil duduk bertinggung di sebelah Sakura.

" Jom, teman aku tengok video"

Ah! malas.

" Cerita apa? "

Eh! apa aku cakap ni?

" Cerita korea yang lain pula. Winter sonata. Best!!!nak ya."

Tak nak!!!

" Oklah jom."

You Fool!!!


Sudah masuk kotak kelima Aja menghabiskan tisu. Sakura masih tidak faham apa-apa berkenaan cerita ini. Blur yang teramat sangat. Mana taknya, terus melangkau episod terakhir. Advance betul sepupu dia yang seorang ini.

" Apalah! kena tunjuk partner dia jadi oku ke baru nak buktikan yang itu cinta sejati! ceh" cemuhan Sakura menyebabkan Aja berpaling dengan wajah masam.

" Mestilah. Inilah baru dipanggil cinta sejati. Yoo Jin dan Jun Shang ini memang telah ditakdirkan untuk bersama tahu! dan yang lebih penting mereka ini pencinta sejati. Jadi sebab itu mereka bersama sehingga ke akhirnya"
Aja menghembus air hidung yang meleleh menggunakan tisu.

" Habis tu, minh yuk ni macam mana. Dia pun pencinta sejati juga. Dia betul-betul sayang pada Yoo Jin. Dan lagipun, dia kenal Yoo Jin dulu dari Jun Shang."
Aja menggosok hidung. Berfikir seketika untuk mematahkan hujah Sakura.

" Dia dah mati"
Mak!!!...gila betul Aja ini.

"Cik Muda" Pak Cik yuudai memanggil Aja. Kalau Sakura Pak Cik Yuudai memanggilnya, Cik Sakura. Aja bangun setelah mengelap mukanya. Dia menuju ke arah Pak Cik Yuudai yang menunggu agak jauh dari ruang tamu. Sesekali Sakura berpaling, melihat muka Aja yang berubah-ubah. Nampaknya seperti Pak Cik Yuudai sedang memujuk Aja. Tidak lama kemudian mereka berdua berlalu meninggalkan Sakura berseorangan di situ. Hampir setengah jam kemudian Aja kembali ke ruang tamu.

" Kenapa? " tanya Sakura ketika melihat wajah Aja yang muncung.

" Aku nak masuk tidur dululah."
Setelah mengemas tisu yang digunakan, Aja menuju ke tingkat atas. Kakinya dihentak setiap kali memijak anak tangga. Sakura bangun, niat hati mahu mencari Pak Cik Yuudai bertanyakan masalah Aja. Dan kakinya terhenti di bilik bacaan.
Sakura meletak telinga di pintu.


" Abang dah beritahu anak kita tadi."

" Habis tu, macam mana?"

Diam.

" Nampaknya Aja merajuk dengan kita. Abang memang tak boleh tangguh ke nak pergi ke sana? " suara Auntie Aika kedengaran.

" Memanglah abang dah janji dengan dia, tapi nak buat macam mana. Abang sendiri pun tak sangka perkara begini nak jadi. Lagipun, anak kita kan sudah besar, mesti dia faham masalah kita."

" Habis tu sekarang ni macam mana? "

" Awak suruh Sakura pujuk dia. Lagipun dia kan rapat dengan Sakura"

Terdengar keluhan Auntie Aika.

Eh? aku pula! bisik Sakura, menunjukkan ibu jari ke diri sendiri.

" Yalah, saya pergi cari dia."

Mendengarkan itu Sakura mengangkat langkah seribu menuju ke bilik. Di tangga terakhir, dia terdengar suara Auntie Aika yang menanyakan tentang Sakura kepada Pak Cik Yuudai. Daun pintu ditutup sesenyap mungkin, risau kalau-kalau Auntie Aika dengar. Dan lebih penting, jangan harap dia nak masuk campur urusan keluarga mereka. Anak sendiri, pandai-pandai pujuk. Apa kaitan dengan dia pula?

Sakura menghempas badan ke katil. Berkeriut bunyinya. Uhhhhhhh selesanya.

" Sakura..." Aja timbul dari sebalik katil. Tangannya memegang birai katil.

Ish! dia buat lagi.

" Shhh, kau ni..." Sakura cuba menahan amarah. Ingatkan tadi dia balik ke bilik sendiri. Aja memanjat katil dan duduk di sebelah Sakura. Muncungnya masih belum hilang.

" Apa hal pula ni? "

" Ayah dan ibu aku dah janji nak pergi holiday dengan aku. Tapi mereka batalkan...lagi. Aku sedihlah, kenapa mereka pentingkan kerja daripada aku."

" Wih, sudahlah tu. Bukannya kau tak biasa pun kan."

" Tapi, aku nak mereka luangkan masa dengan aku. Kau tahu, aku berani bertaruh yang ibu langsung tak tahu apa yang aku suka makan, bila hari jadi aku, cerita kegemaran aku, semuanyalah. Kadang-kadang aku rasa macam tak kenal ibu aku sendiri. Dan yang paling best, kawan-kawan aku tak pernah jumpa dengan mak ayah aku. Jadi senangnya aku selalu cakap yang aku ni anak yatim"

Sakura berdeham halus. Faham dengan kekosongan hati Aja. Malah terlebih faham.

" Jangan cakap macam tu. Kau tak tahu macam mana rasanya hilang ibu yang paling kau sayang"

Aja tersentak." Opss, maaf Sakura-san. Aku terlupa pula"
Sakura tersenyum mendengar ayat Aja. " tak apa. Jadi, kali ni Auntie dengan Pak Cik nak ke mana pula?"

Satu keluhan berat dilepaskan.
" Malaysia ".



Sakura 12


The start of Something New- Revenge!!!

Mata birunya tajam menikam dua orang gadis yang bertindak sebagai 'informer' kepada kumpulan mereka. Sejak dibelasah teruk semalam, terus sahaja dikerahkan orang bawahannya untuk mencari mereka berdua ini bagi dihadapkan ke muka pengadilan.

" Bodoh!!! kenapa kau boleh tak tahu dia ada teknik pertahanan diri? kau ni buat kerja macam mana hah!!!" jerkahannya menggegarkan gadis yang berambut panjang. Terketar-ketar berlutut di situ dengan dikelilingi oleh kumpulan sorak seramai sembilan orang itu.

" Tolonglah Lady, bagi kami satu lagi peluang. Kami betul-betul tak tahu pasal tu. Sumpah, kami tak ada niat nak kenakan Lady." rayu gadis berambut perang. Biarpun dia tahu Queen Bee yang seorang ini sukar menerima kesalahan, apatah lagi kekalahan!

" Hei!!! kau nampak tak badan aku yang lebam-lebam ni? kau ingat sedap ya kena belasah macam ni!!"
Hina mengangkat baju, menunjukkan bahagian pinggangnya yang sudah kebiruan, jelas kelihatan dari badannya yang berwarna putih. Kesemua mereka yang telah dibelasah itu akan lebam dari bahagian bawah dada sehingga ke bawah. Kenapa? kerana yang sebaiknya untuk melemahkan musuh dalam pertarungan adalah di bahagian otot. Kalau di bahagian atas, kawasan itu dilindungi oleh tulang. Nanti musuh tak sakit, kita pulak yang patah tulang. Lagi pula kawasan itu kan banyak lemak, baru terasa sikit penangannya.

" Ah, itu tak apa. Ni kau tengok dahi aku ni. Habis benjol tahu!!!" Chinatsu menunjukkan dahinya yang benjol dan kebiruan. Mujur juga octagon sai yang dibaling oleh Sakura itu berada dalam sarung semasa benda itu dibaling. Kalau tidak, sah-sah berlubang kepalanya itu.

" Ini, kaki aku tempang sampai sekarang. Kau mahu aku patahkan kaki kau ke!!!!"
Kana turut melampiaskan kemarahan. Sudahlah dia seorang dikejar macam anjing kurap. Sedangkan kemahuan Sakura hanya video perakam itu. Kalau minta elok-elok dia boleh bagilah.

" Aku dah kata kan, lagi sekali kegagalan, dan kamu akan hancur!!!" serentak dengan itu, Kristy membaling pasu bunga kristal di atas meja yang terletak indah di tepi singgahsananya. Mujur si gadis berambut perang sempat mengelak, tetapi pasu itu mengenai bahu gadis berambut panjang. Pasu kristal tergolek ke lantai dengan bunga-bunga yang berterabur. Tangisan yang cuba ditahan dari tadi pecah juga kerana sakit dibaling begitu.

Kristy bertambah bengang mendengar suara tangisan gadis berambut panjang itu. Rasanya mereka perlu diberi pengajaran agar tidak memandang rendah pada kumpulan ini.

" Mari!!!" Jeritnya. Mari? mari apa? oh, itu nama oranglah!. Mari mengangguk faham arahan Kristy, sambil menyingsing lengan baju dia mengambil pisau yang berkilauan dari kabinet. Dicekaknya rambut gadis yang panjang itu menyebabkan gadis itu menjerit kesakitan.

" Tolonglah Lady, lepaskan adik saya. Jangan hukum dia " rayu gadis berambut perang.Kaki Kristy dipautnya cuba meminta simpati daripada Queen Bee. Kristy mencerlung penuh kebencian.

" Sekarang bukan krismas tahu mahu aku bersikap baik. Hah, ini sebagai pengajaran agar kamu tak cuba-cuba mengkhianati group ini, faham!!!"

Buk! gadis berambut disepaknya. Jijik mahu dipegang. Gadis berambut perang tersungkur dan hanya mampu melihat adiknya meraung ketika rambutnya dipotong. Tidak cukup dengan itu, Mari menabur rambut yang dipotong ke atas kepala adiknya. Ketawa evil menenggelamkan suara rintihan adiknya.

" Yui, Rin, halau budak berdua ni keluar. Mulai hari ini, mereka telah dipecat dari organisasi cheerladies! "

Yui dan Rin mengerti lalu mencekak belakang baju gadis berambut perang dan adiknya. Mereka diheret keluar dari pangkalan rahsia. Sempat juga mereka dinasihatkan agar tidak cuba-cuba memecahkan segala pengetahuan mereka tentang organisasi ini, atau balasan yang lebih teruk akan diterima. Gadis berambut perang memapah adiknya pergi dari situ.

Setelah selesai, Yui dan Rin menapak ke meja kaca di mana rakan-rakan yang lain sudah menunggu. Kristy di tengah dengan kerusi yang agak tinggi dan lain dari yang lain. Penuh dengan ukiran tajam, tapi tetap sebuah kerusi.

Dia merenung empat orang ahlinya di kanan dan empat lagi di kiri. Antara sesama mereka pun masih ada perbezaan struktur sosial. Di sebelah kanan adalah untuk empat orang ahli yang lebih dipercayai dan tangkas dalam gerakan sorak flyers iaitu Chinatsu, Hina, Mari dan Hikari. Di sebelah kiri ialah empat orang suruhan bawahan terdiri daripada Kana, Ayame, Rin dan Yui.

" Nampaknya kita terlalu leka dengan kemampuan budak tu. Sekarang aku nak kamu semua cari kelemahan dia. Dan kali ini pastikan tiada lagi kesilapan. Kalau gagal dengan cara kekasaran, kita guna cara halus" arah Kristy.

" Aku tak faham sesuatu Kristy " satu suara menyebabkan mereka beralih ke arahnya. " Waktu dia mengejar aku, dia suruh beritahu kau yang bayangan dosa silam kau dah datang. Apa maksudnya? "
Kana merenung Kristy yang juga kelihatan pelik. Dia juga tidak memahami maksud Sakura.

" Ah, persetankan dengan ugutan dia tu. Dia cuma mahu menakutkan aku. Yang pastinya aku akan mengenakan dia kembali. Tak ada siapa yang boleh mengalahkan Kristy Ginjiro."

Semua ahli organisasi itu mengerutkan dahi, adakah maksud Kristy itu...

Pintu tiba-tiba terbuka dari luar, menyebabkan semua mata memandang ke situ. Tiga orang lelaki dengan gaya yang agak samseng masuk dan berdiri di ruangan tengah. Kristy tersengih lalu bangun memeluk seorng lelaki yang berambut merah.

" Yes, ada apa you call I ni? problem lagi ke? kenapa.." cermin mata hitam dibuka. Memerhatikan teman wanitanya itu yang bengkak di sana-sini.

Kristy mendengus.

" I ada kerja untuk you. Melibatkan perempuan. Dan, jangan tanya kenapa kami jadi macam ni. It's none of your bussiness."

Lelaki itu melipat bingkai cermin mata sebelum menyimpannya di dalam poket jaket.
" Perempuan. Yang belasah you sampai macam ni ke? " segaris senyuman nipis terukir.

" You jangan nak naikkan darah I ok!" tegas Kristy. Senyuman teman lelakinya itu terus hilang.

~Eleh, kalau bukan pasal bapak you kaya, jangan harap I nak layan.Perengus!~

" Sorry honey. Jadi, apa ceritanya dengan perempuan ni"

Kakinya melangkah ke sofa, membuntuti Kristy. Dua orang lagi rakannya duduk bersantai berhampiran tingkap yang dihiasi langsir kosong dan tebal berwarna merah. Tersenyum sinis dengan gelagat Kristy. Nasib baik dia Queen Bee.

" Budak baru di sekolah ni. I nak you hapuskan dia. Kalau boleh, buat sampai dia tak sanggup nak tunjukkan muka di Sapporo ni. "

" Itu...agak sukar Kris. Melainkan you pasti yang dia tak berada di bawah perlindungan..., well you tahu siapa." suaranya berubah menyampah. Ada sedikit dendam juga di situ.

Kristy menahan senyum. Lelaki ini pastinya tidak mahu menyebut nama seorang itu. Maklum saja, ego!!! padan muka, yang dicabarnya budak tu buat apa?
Nak tahu cerita apa? tunggu....

" Yang itu you tak payah risau. I berani jamin, dia keseorangan dalam hal ni. Besides, dia tak perlukan perlindungan taiko lima orang tu"

Lelaki itu menggosok dahi. " Itu boleh diuruskan. Tapi, as usual, I perlukan sedikit informasi pasal dia. Cuma, nak kenal-kenal sikit."

Chinatsu mendengus. " Itu kami tak boleh tolong. Kamu kena cari sendiri"

" Kenapa? satelit dah terhempas ke? "
Kedua orang rakan lelaki tadi ketawa, lalu membuat high five. Chinatsu menjeling mereka tajam.

" I baru pecat informer kami tadi. Useful!" sambut Kristy.

" Ok. Tapi, kami perlukan masa. Anyway, takkan tak ada langsung apa-apa pasal dia?"

Kristy bangun, memeluk tubuh." Sakura. " sepatah dia menjawab. Itupun dengan wajah yang penuh kejengkelan.

Lelaki itu tersentak. " Nice name".

Sakura 11



Taiko: Hei, dari mana kau belajar bertarung?!! ( kagum )
Sakura: Perut mak...( tahan senyum )

Sejak upacara belasah beramai-ramai itu, tiada lagi wajah group sorak di mana-mana kawasan sekolah. Dengar kata mereka mahu mengadakan sesi latihan yang lebih intensif kerana kekalahan yang dialami dalam pertandingan di Hokkaido. Eiko yang trauma untuk hadir ke sekolah menarik nafas lega setelah taiko berlima itu berjanji untuk memberi perlindungan padanya

Dan bila Eiko menyuruh mereka supaya melindungi Sakura juga, masing-masing diam membisu. Mungkin memikirkan berapa banyak duit insurans yang mereka ada. Dari bahagian belakang Eiko, Sakura memberi renungan tajam kepada mereka. Jelas kelihatan di sebalik juntaian rambutnya yang berdiri. Menyampaikan memorandum-I don't need it!!!

Hari itu, guru-guru begitu gembira sekali sehingga burung-burung turut berkicau nyaring dan merdu sekali. Kenapa? kerana ujian gempur akan diadakan. Makanya, melompatlah para pelajar membuka buku dan cuba mengingati fakta-fakta yang telah dipelajari sebelum ini. Sakura mengeluh dalam diam. Masalahnya para pelajar diwajibkan duduk mengikut turutan abjad ( ikut nama sendiri. Nama ayah tak best ). Jadi, memang dia tak perlu ke mana-mana, tapi yang membuatkan dia mahu terbang atau ghaib di saat itu juga ialah kerana Shin berpindah ke bahagian belakang Sakura dengan Takashi di belakangnya. Higashi pula di sebelah Sakura dengan Junichi di hadapannya. Cuma Eiko dan Akira sahaja yang sudah maju ke hadapan.

Memang agak seram juga ya bila dikelilingi oleh taiko berlima ini. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, dia duduk menghadap ke arah Higashi sambil bersandar ke tingkap setiap kali selesai menjawab kertas. Mana tahu tiba-tiba nanti Shin ini menjerut lehernya ke.

" Sakura, kau boleh jawab ke kertas tadi? agak susah kan? "

" Yeah..." jawab Sakura malas. Setakat ini, cuma Shin yang beria-ria mahu berbual dengannya. Bukan Eiko dah beritahu mereka mahu berkawan ? boleh caya ke? entah-entah ada melamin sebalik air susu yang dihulur...

" Eh, memandangkan kita dah berkawan ni, apa kata kita lupakan perkara lama dan mulakan buku baru nak. Perkara yang terjadi dulu tu kita biarkan lepas ok? " Shin menoleh ke arah rakan-rakannya. Takashi mampir ke hadapan lalu menghulur tangan.

" Nama aku Takao Takashi. Minat main drum dan matematik. " ringkas sahaja kata-katanya. Malah selepas bersalam dia kembali ke tempat duduknya. Sakura tersengih, garang-garang begitu pun tetap pemalu ya? patut sahaja Eiko mengumpat mengutuk mereka ni.

" Aku Makoto Junichi." dia mengangguk kepala kepada Sakura setelah memperkenalkan diri. Segan atau takut barangkali nak bersalam. Sakura membalas, kemudian merenung Higashi yang bersandar malas di hadapan.

" Maaf, Junichi itu pendiam sikit " jelas Shin. Junichi mengerling tajam.

" Aish, itu Higashi Koichi. Ketua taiko yang paling...err...penyayang "

Sakura tertawa mendengar ayat yang tidak terduga dari Shin. Higashi membaling pen di atas meja ke arah Shin yang juga terkekeh-kekeh ketawa.

~Tak guna betul, hilang maruah taiko aku~

" Dan yang di depan itu ialah Akira. Isamu Akira " Shin tersengih nakal sebelum menyambung " Masih bujang dan belum pernah berpunya "
Takashi mengetuk kepala Shin dari belakang. Shin beralih sambil menggosok kepalanya yang sakit, merungut marah. Tidak mengerti mengapa Takashi perlu melakukan itu. Sebenarnya cuma Takashi yang memahami gelodak jiwa Higashi sekarang meskipun wajah itu tetap tenang.

Sakura cuma diam.Tak perlu beritahu dengan lebih terperinci kerana dari gerak-geri Akira itu pun dia sudah dapat membacanya. Cuma...dia tak mahu berlebih-lebih. Akira itu cute dan naif , dia berhak mendapat yang lebih baik. Matanya menyorot ke arah Akira yang leka bersembang dengan Eiko di hadapan. Cemburu? tak pun!!!

" Oh lupa pula nak kenalkan Taiko yang paling terkacak di muka bumi ini. " Shin bangun, membongkok sedikit badan. " Nama saya ialah Hiroshi Shin, peramah, romantis, boleh dipercayai dan setia!!!"

Booooooooo....
Seisi kelas mengejek Shin yang terkebil-kebil memandang mereka.Takashi menepuk-nepuk bahu Shin, mengisyaratkan agar dia cuma duduk diam. Sakura mula senang berada dengan mereka. Entahlah, sangkanya mereka ini membosankan dan cuma tahu menunjukkan kehebatan yang tak seberapa. Rupa-rupanya kelakar juga, sama seperti remaja biasa. Apapun dia mengambil kata-kata Eiko sebagai jaminan untuk menjalinkan persahabatan dengan mereka berlima.

Eiko ketawa ketika Shin pura-pura jatuh terduduk sambil mengusap dada. Riang hatinya kerana Sakura dapat menerima persahabatan yang dihulur. Kemudian dia kembali bersembang dengan Akira di hadapannya. Beberapa orang gadis di dalam kelas menjeling cemburu, manakan tidak selama ini Akira tidak mahu langsung bergurau dengan gadis yang seorang itu.
Kenapa dia boleh berubah ya?

Tapi bagi Akira itu hanya alasan baginya untuk berpusing ke belakang, mengintai Sakura dari jauh. Risau juga melihat Shin yang beria-ria bergurau dengan Sakura, entah-entah nanti terlekat pula pada mat romeo itu. Sudahlah dia jauh ke hadapan begini!!!

Semakin hari, hubungan mereka semakin rapat. Tiada lagi rasa curiga atau perasaan ingin mengenakan. Cumanya, setiap kali bersembang Higashi tidak akan masuk campur. Lebih banyak merenung dari bercakap sehingga kadang-kadang merimaskan Sakura. Dan dia juga tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan dengan Higashi, meskipun hatinya meronta ingin mengenali lelaki itu.

Dulu, dia sangka merekalah yang membuli Aja, kerana itu dia bertindak menghunus pisau. Mana tahu rupanya dia tersilap orang. Salah Higashi juga, nak membuli pun tunggulah sehari dua dulu. Ini tidak minyak tengah panas dicurahnya air. Padan muka. Jadi memang dia tak salah kan?

Setelah bertungkus-lumus memerah otak selama lima hari, akhirnya kemerdekaan berpihak pada mereka.

" Yahoooooooo!!!!!!"
" Bebas!!!"
" Aku bau ayam Teriyaki!!!"
" Aku bau kegagalan!!!"

Eiko dan Sakura berjalan beriringan menuju ke stesen bas. Dari situ Eiko akan menaiki bas ke rumah, manakala Sakura akan menunggu Pak Cik Yuudai mengambilnya. Sebaik bas sekolah sampai, dan melambai ke arah Eiko, Sakura terpandangkan sesuatu yang menarik perhatiannya. Sangat-sangat menarik untuk dikongsi bersama dalam chapter yang seterusnya.

Sunday, August 8, 2010

Sakura 10




petals 2: I Accept Your Friend Request !

~Will deep wounds ever closed without a scar?~

Sakura membaling kayu hoki di tangan, tepat mengenai otot peha gadis yang dikejarnya dari tadi. Cara ini digunakan oleh ninja untuk memastikan musuh berada dalam keadaan lemah seperti tidak berupaya untuk melarikan diri. Cuma bezanya Sakura tidak menggunakan pisau. Gadis itu mengerang kesakitan sebelum jatuh tersungkur. Dalam keadaan melunjur, dia tercungap-cungap apabila Sakura menghampiri dengan pisau combat di tangan.

Mata Sakura mencerlung menikam biji mata hitam gadis yang tidak diketahui namanya itu. Baru kini buku bertemu dengan ruas. Segala dendam perlu dibayar semula. Kebanyakan ahli sorak tadi sudah bertempiaran lari entah ke mana. Dan kini yang tinggal berhadapan dengan Sakura ialah gadis yang memegang video perakam.

Kolar baju gadis itu dicekak kemas, memaksanya bangun berdiri.

" Apa nama kau? "

Gadis itu pelik.

Sakura menunjukkan pisau combat di tangan. " Apa...nama...kau..?"

" ka...kana."

Sakura menelan liur. Penat.

" Kau balik, bagitahu ketua kau tu, bayangan dosa silamnya sudah datang. Suruh dia bersiap-sedia. Dan lagi satu...this is just a beginning..." gadis itu menjerit kesakitan apabila tangannya dipulas, menyebabkan video perakam terhempas. Serentak itu Sakura menolak gadis itu sepertimana Kristy menolak Eiko. Terhinjut-hinjut gadis itu lari melarikan diri tanpa berpaling lagi.

Video perakam dihempas ke dinding menggunakan kaki setelah kad memori dirampas. Kayu hoki dilap menggunakan tisu sebelum dibaling ke dalam tong sampah. Bukannya apa, identitinya perlu disembunyikan. Nahas kalau ada yang tahu bahawa dia ini mahir dalam gerakan ninja. Bisa gila orang nanti! tentang kumpulan sorak itu pula, dia tak perlu khuathir. Mereka tak akan berani!!!

Laju kakinya berlari ke lorong di mana Eiko ditahan. Bukan niatnya mahu meninggalkan gadis itu, tapi dia terpaksa kerana mengejar gadis tadi. Dalam hati tidak putus-putus Sakura berdoa semoga Eiko tidak apa-apa.

Sretttt!!

Langkah Sakura terhenti. Di hadapannya kini Eiko sedang menangis sambil memeluk...kalau tadi dia tidak merasa kesakitan dibelasah, tapi sekarang hatinya terasa hancur lebur diletupkan bom atom. Terasa bagaikan tidak berpijak di bumi nyata...

" Eiko......" lemah suara Sakura.

~ Dahlah tu, tak cukup lagi ke dipeluk Higashi tu~

Eiko berpaling. Saat melihat Sakura dia menangis dengan lebih kuat dari tadi. Cermin matanya yang pecah tetap dipakainya. Higashi tenang, masalahnya bukan dia yang memeluk Eiko tapi sebaliknya ya!

" Sakura!!! aw..awak pergi mana!! ..hik...hik.." tersedu-sedu dia menangis. Sakura membelai rambut Eiko yang sudah berserabut itu. Jelas terasa badan Eiko yang menggigil. Sangkanya Sakura sudah maut.

" Aku...kena tarik tadi. Jadi jenuh juga nak lepaskan diri. Bila mereka kejar aku larilah, so kau pun boleh lari juga. Tengok, mereka dah tak ada nak kacau kau lagi kan?" beria Sakura menerangkan penipuannya kepada Eiko. Dia perasan senyuman sinis Higashi yang pernah dihadiahkan dulu. Sabar Sakura, Eiko ada ni.

~Yang mata ni pun satu, masa nilah nak pandang Higashi tu pun. Cucuk nanti buta terus!!~

" Tapi macam mana awak boleh terlepas?"

Gulp!!! wih Eiko ni! tak usahlah banyak tanya!! kelima orang taiko itu tersengih.

" Eh! macam mana kau semua tahu kami ada di sini? entah-entah kamu bersubahat ya?!" tuduh Sakura. Matanya bersinar tajam. Lagipun, bukankah dia pernah mengenakan mereka dulu...tak sengaja. Tapi untuk meminta maaf, NO WAY!!!

" Sakura, Higashi tak akan buat macam tu. Tak baik awak tuduh mereka" belum sempat Takashi bersuara, Eiko membela mereka. Kelima taiko mengangkat kening, bikin hati Sakura panas!!! glup, lup menggelegak.

" Ihhhh, kaki kau luka lah." kata Shin. Mereka semua melihat ke arah lutut Eiko. Aik, Sakura yang jenuh berdarah-darah ni dia tak nampak? tapi bukan darah Sakuralah.

" Biar aku tolong balutkan" pantas Shin mengeluarkan sapu tangan dan berlutut di hadapan Eiko. Macam orang nak melamar pun ada.

" Eh! kau jangan nak mengada-ngada. Biar aku yang balutkan." Sakura menahan
" Apa pula! ni kain aku, jadi akulah yang balutkan"
" Kau jangan ingat dapat sentuh Eiko dengan tangan gatal kau tu. Langkah mayat aku dulu! "
" Weh, aku kenal Eiko dulu dari kaulah. Tak pernah pun aku nak sentuh dia .Tepi!!!"
" Tak usah!!!"

Dan begitulah permulaannya sebuah persahabatan yang mempunyai takdir tersendiri diciptakan khas untuk mereka melaluinya....

******************************************************

Hari itu selepas pulang dari sekolah, Aja ialah orang pertama yang terasa bahagia sekali mendengar kisah sembilan 'ekor' ahli sorak itu teruk dibelasah Sakura. Seronok sangat sehinggakan air matanya mengalir, meskipun air matanya sudah banyak keluar kerana perbuatan kejam mereka, tapi kali ini adalah tangisan kelegaan. Sakura memeluk Aja, sepupunya itu. Erat sekali.

Dan malam itu, tidak seperti malam-malam yang sebelumnya, Aja sudah mampu tidur dengan nyenyak, tanpa bayangan mimpi ngeri silam lagi. Ketenangan terpancar di wajahnya ibarat bayi yang baru lahir...ada rahsia yang perlu diselongkar supaya kalian tahu mengapa Sakura perlu memusuhi mereka...........

Hari pertama di Miyo High School...

" Apa khabar nama saya Aja Kaja. Harap kalian dapat memberi kerjasama" seorang gadis naif berharap dapat menjadi orang yang berguna.

" Aja? ingat Ajax Fabulaso ke?"
"Apasal nama dia pelik eh?"
"kelakarlah dia ni"

Hari ke-7 di sekolah...

" Weh! aku suruh kau angkat beg tu, angkat sajalah. Terhegeh-hegeh!!" lancang suara si gadis menyuruh. Aja terkial-kial mengangkat beg yang berat itu.

Bam!!! isi beg terburai...

" Cik Muda, kenapa dahi Cik Muda lebam? " tanya pak cik yuudai. Risau melihat Cik Mudanya yang selalu letih itu.

Aja tersenyum sebelum teresak menangis." Saya bodoh. Jadi sudah terhantuk meja sewaktu mengangkat barang tadi."

Sebulan, dua bulan...

" Kristy, saya tak sukalah parti ni. Saya nak balik." Aja tidak suka dengan suasana di rumah entah siapa gerangannya ini. Dia tidak mengenali sesiapa di sini melainkan Kristy.

" Rilekslah. Parti ni untuk kau juga, memandangkan lepas ni kau akan menjadi ahli kumpulan aku secara sah. Faham?" badan Kristy terhuyng-hayang mengikut rentak lagu rancak. Nampak macam dah mabuk pun ada.

" Hai babe, sorry lambat sikit" seorang lelaki datang mengucup leher Kristy. Aja merapatkan diri ke dinding sewaktu lelaki itu memerhatikan dirinya ke atas dan ke bawah. " Hai"

" Sayang, boleh ambilkan air tak untuk kawan I ni?" pantas Kristy memberi arahan. Lelaki itu tersengih. " Sure babe"

Aja merasakan aura yang tidak tenang." Kristy, err..saya nak pergi tandas kejap ya?"

Dia terus berlalu tanpa menunggu jawapan Kristy. Terketar-ketar dirinya mendail nombor Pak Cik Yuudai. Hatinya lega sedikit setelah menceritakan mengenai keadaannya di situ. Pak Cik Yuudai berjanji akan datang dengan segera.

" Aja!!!" suara Kristy kedengaran di luar. Aja menggigil ketakutan. Ketukan di pntu semakin kuat diiringi suara beberapa orang lelaki.

Pintu dikunci dari dalam.

BAm!! bam!!!

Kali ini pintu diterajang dari luar. Aja sudah terduduk di lantai, terketar-ketar melihat tiga orang lelaki yang menyeringai kegatalan di hadapannya.

Sakura 9



Eiko : Thank you for being my friends. ( hug)

Sakura:.....sure. (Blush)

Gelak ketawa yang menakutkan kedengaran di segenap ruang. Sakura tersepit kini. Eiko pula terketar-ketar ingin menangis, juga sakit dipegang kasar begitu. Tadi selepas datang ke sekolah ( kerana Eiko tidak datang ke hentian bas padahal dia akan memberi mesej jika tidak dapat datang ) menyebabkan Sakura menelefonnya. Dan ketika panggilannya diangkat...

" Sakura! tolong saya!!" kedengaran suara Eiko yang terjerit-jerit sebelum mengaduh kesakitan. Sakura kaget.

" Kalau kau nak dia selamat, ikut arahan aku.". Dari jauh dia sudah nampak apa yang dimaksudkan oleh betina itu. Orang suruhannya sudah menunggu di seberang. Sangkanya mereka akan ke tempat tersembunyi di sekolah, tapi entah lorong mana pula yang dibawa. Maksudnya hari ini Sakura dan Eiko berdua dipontengkan sekolah.

~Ah, biarlah. Memang dah lambat dah pun. Yang penting sekarang ialah Eiko.~

Dan sekarang di hadapannya, gadis-gadis comel yang disambut seminggu lepas dengan gahnya itu sudah bertukar menjadi nightmares. Tali berenda a.k.a pom pom yang selalu digunakan untuk bersorak kali ini divariasikan dengan kayu besbol, kayu hoki, batang besi dan... mata Sakura mengecil. Video perakam?

~Ceh, kalau tahu tadi aku tempek bedak banyak-banyak.Bukan nak nampak cantik lah, nak bagi orang tak kenal! kurang-kurang boleh tutup lebam~

" Heh! kau cakap dengan siapa tu. Kau ni memang gila ya?!!" jenaka Kristy disambut dengan derai ketawa evil witch rakan-rakannya. Sakura kembali memandang ke hadapan. Kesian Eiko sememangnya dia tidak pernah cuba membabitkan gadis itu. Sangkanya nanti ( even termimpi-mimpi ) bahawasanya dia akan berdepan dengan mereka sembilan ekor secara bersendiri.

" Apa yang kau nak? " tanya Sakura. Malas mahu memanjangkan lagi perbahasan yang cuba diprovokasi oleh Kristy.

" Tak ada apa yang penting...cuma" Kristy tersenyum sinis " Nak berseronok."
Dia menghampiri Eiko yang sedang dipegang oleh orang bawahannya, lalu membelai rambut Eiko.

Eiko sudah teresak-esak di situ. Mana tidaknya dia tidak pernah mengganggu sesiapa, tapi kenapa sekarang dia perlu terbabit sama? Huhu...Higashi...

" Perkara ni tak ada kaitan dengan Eiko. Apapun yang kau nak, lepaskan dia. Ini antara kau semua dengan aku. "

Mereka tertawa mengilai mendengar kata-kata Sakura. Tiada kaitan?

" Bodoh!!! pasal ada kaitanlah kami bawa dia ke sini. Kalau tak? buat apa aku nak buang masa heret dia ke sini? "

Eiko menggigil mendengar suara mereka. Tak pernah menyangka group popular di sekolah ini rupa-rupanya vampire bertopeng godmother.

" Apa maksud kau? "

Sebatang kayu hoki dibaling ke arah sakura. Tepat jatuh di kakinya.

" Malang bagi dia kerana menjadi kawan baik kau di sekolah. Seminggu lepas kau begitu berani mencabar aku ya? tapi...mungkin kawan kau ni terlupa untuk menasihatkan kau sebagai pelajar baru agar tidak mencari pasal dengan aku. Jadi sebagai balasan, sekarang aku nak kau belasah kawan kau ni" pipi Eiko digenggam.

" Atau...kami habiskan kamu berdua!" sambung seorang ahli pasukan sorak, Hina pula bersuara sambil mengetuk-ngetuk kayu hoki di tangan. Memang sesuailah namanya dengan sifat dia kan? tak sangka, perfect!

" Hei...apa kau ni. Tak baiklah macam tu. Betul tak girls?" Chinatsu menoleh ke arah rakan-rakannya. Kayu hoki di tangan Hina dirampas. Hina tidak membantah hanya membiarkan.

" Apa kata kau biar saja aku belasah kawan kau ni. Dan kau, aku lepaskan" tambahnya lagi.

" Woohoo...cayalah Chinatsu"
" Yeah..banzai!!"
" Rock bebeh!!"

Kristy tersengih. Hanya seketika kerana dia pelik melihat tingkah Sakura. Tangannya tersembunyi di belakang, kepalanya pula terdongak ke atas. Mereka yang lain ikut diam melihat reaksi ketua mereka. Memang dia ni gila apa?

~Ibu...maafkan Sakura ya kerana terpaksa mengungkiri janji? memanglah Sakura dah janji tak nak bergaduh lagi. Tapi, Sakura terpaksa ibu. Balik nanti Sakura doa banyak-banyak untuk ibu. Atau, kalau Sakura tak balik, ibu janji tunggu Sakura di 'sana' ya?
Lepas tu jangan lupa simpankan Sakura sayap yang warna putih dan gebu bila kita berjumpa nanti. Sakura tak mahu warna Pink, warna kegemaran ibu. Yang itu ibu simpan untuk Eiko nanti, ya bu. Dia suka warna Pink. Apapun ibu tolonglah Sakura sama...Please...tolong jagakan Eiko.~

Di saat dia menunduk, matanya terpamer aura yang tidak tenteram, penuh kebencian! sehinggakan mereka yang ada terundur ke belakang....

Kristy meskipun terasa gentar, tetap tidak mahu mengalah. Eiko ditolak kasar ke depan.
Gedebuk...sekali macam nangka busuk daa....cermin mata Eiko terlempar jauh.

Melihatkan itu Sakura mengambil kesempatan. Dengan larian yang melawan graviti, seolah berpijak di atas angin dia meluru ke hadapan, octagon sai yang tersedia di tangan kiri dibaling ke arah Chinatsu yang tidak bersedia...( maaf tak boleh cerita detail sebab aksi ini tidak diluluskan kementerian. minta maaf, minta maaf)

Eiko yang sudah rabun hanya mampu mendengar teriakan demi teriakan, juga desiran angin yang luar biasa.......sebelum segalanya sunyi....

" Sakura..." tangannya meraba-raba tanah. Air matanya masih tidak henti-henti turun.
Tiba-Tiba tangannya terpegang sesuatu, lembut dan.....

Sakura 7


~Are we going to be friends forever? Asked Piglet. Even longer, Pooh answered~

" Macam mana? " tanya Eiko sewaktu mereka berdua berjalan menuju ke sekolah. Seperti Eiko, Sakura juga tidak mahu memberitahu di mana rumahnya. Agaknya sebab itu mereka berdua serasi bersama. Jadi Eiko atau Sakura akan menunggu di stesen bas berhampiran sekolah. Kalau Eiko lambat, Sakura tunggu dan begitu juga sebaliknya.

Sakura tidak menjawab, tapi menjuihkan bibir. Tangannya membuka bungkusan lollipop di tangan, yang dicuri daripada Aja sewaktu di dalam kereta tadi. Itulah orang minta elok-elok tak nak bagi. Perangai sama macam nenek!

~kena ajar sikit budak kedekut tu~

Dan sebagai ganti diberi wang syiling 500 yen untuk Aja.

Eiko mengeluh. Memang tak boleh dipaksa kalau Sakura tidak mahu berkawan dengan mereka. Mungkin juga Sakura trauma, lagipun dia kan lembut. Anehnya kalau pelajar lain dibuli begitu pun mereka tetap akan bergaul baik dengan taiko berlima itu. Cuma, kadang-kadang kena buli lah juga sesekali. Erm...apapun, taiko berlima itu yang salah!!!

Wow!!! apa ni? mereka berdua automatik berhenti di pintu pagar sekolah. Seluruh kawasan di dataran itu sudah berubah sama sekali. Hampir tidak kelihatan seperti sebuah sekolah. Gayanya seperti menteri yang akan datang melawat. Ramai sungguh pelajar yang berkumpul di dataran , siap ada belon lagi warna merah dan putih bertaburan di jalan dan bangunan. Yang paling ketara adalah kain rentang yang sungguh besar dan tertera perkataan berwarna merah yang berbunyi, 'SELAMAT KEMBALI PERMAISURI KAMI!!!' di setiap bangunan sekolah.

" Alah! mereka dah baliklah! macam mana saya boleh terlupa" mulut Eiko muncung lagi. Sakura memandang Eiko. Pelik. Mereka Siapa?

" Wei! tepilah! nanti permaisuri nak lalu!" kasar suara seorang budak lelaki yang agak tinggi, menolak Sakura ke tepi. Lollipop di tangan terlepas dan jatuh ke tanah. Sakura pantas membelakangkan Eiko lantas memberi pandangan maut kepada lelaki itu.

" Apa! ingat aku takut ke? pendek! " matanya memerhati sakura ke atas dan ke bawah. Gayanya sungguh samseng sekali, tidak takut langsung pada renungan Sakura yang diibaratkan seperti budak-budak itu.

" Dahlah Sakura. Jom kita pergi dari sini" pantas Eiko menarik Sakura keluar dari tempat itu. Rimas dengan keadaan yang semakin sesak dan tolak-menolak. Agak jenuh juga mereka meredah orang ramai.

" Ha! pengecut! balik rumah #$*& mak la wei" lelaki itu masih belum puas. Sakura menggenggam penumbuk.

~ Jagalah kau.~

" GOD SAVE OUR QUEENS!!!"

Dari tepi tingkap tingkat tiga itu, bukan sekadar dapat melihat malah mendengar bunyi sorakan pelajar. Eleh, apa yang hebatnya. Cuma pasukan sorak rupanya yang mereka sambut.

" Ihhh! tapi mereka tu group yang agak popular juga di sekolah ni tahu. Guru-guru pun ramai yang sayang pada mereka" beritahu Eiko hanya untuk membuatkan Sakura tersenyum sinis. Dari tempatnya sekarang memang agak samar mahu melihat orang di bawah. Kalau mahu jelas perlu ke depan, di tempat Higashi. Mahu?

" Kau kenal dengan mereka ke? "

" Tolonglah. Orang macam saya mana layak nak bergandingan dengan mereka tu."

" Oh iya? kenapa? "

" Erm...mereka tu ada kumpulan sendiri. Bukan mudah untuk sertai kumpulan mereka. Tapi...siapa peduli?! saya tak mahu masuk campur. Cukup mereka tak ganggu saya." jelas Eiko. Masih menghadap buku dari tadi.

Pasukan sorak dengan ahlinya sembilan orang itu merupakan group perempuan yang popular di sekolah ini. Dan kepulangan mereka disambut oleh para penyokong yang rata-ratanya terdiri daripada lelaki gatal atau perempuan yang ingin mengambil hati, berharap agar dapat menggantikan tempat ahli pasukan sorak itu nanti. Sakura melihat ke depan. Tapi...apa yang dibuat Shin di kelas? tak mahu ikut sambutkah? Aneh...

Eiko ketawa. " Awak ni, memanglah Shin tu gatal, tapi dia tak layanlah perempuan gedik dan perasan macam mereka tu.".

Shin sedang duduk bersama rakan-rakannya. Entah apa yang dibincangkan. Pastinya hal lelaki atau paling tidak mengutuk gadis-gadis di bawah itu. Ini Eikolah...segala macam dia tahu tau!

~Habis, gadis bagaimana yang dia layan. Sakura?!~

"Kenapa mereka tak ada di sekolah?" mata Sakura memandang ke bawah. Terpamer bendera jepun mengiringi ahli pasukan sorak itu. Gila! patriotik lah konon. Padahal peratus mata pelajaran sejarah di sekolah ini tak sampai pun 20 %. Mentang-mentanglah tema pasukan sorak itu merah dan putih. Buwekkk!!!

~Kalau tingkap ni boleh buka, aku nak muntah ke bawah biar terkena semua permaisuri kesayangan mereka tu!~

" Erm...seminggu sebelum awak masuk mereka dah terbang ke Hokkaido. Ada pertandingan tarian sorakan antara sekolah. Jadi mereka mewakili sekolah kita." Eiko membuka buku. Rasanya guru pun tak akan masuk mengajar dah ni. Seronok kan sekolah di sini, cikgu selalu tak masuk saja.

" Menang ke?" Sakura menoleh ke arah Eiko yang membuat muka bodohnya. Dia menunjukkan angka 1 kemudian 2. Wih!! nombor 12 pun sambut meriah jugakah?

" Berapa buah sekolah yang masuk bertanding?" tanya Sakura lagi. Dan lagi sekali Eiko menunjukkan muka bodohnya.' 12 lah maknanya tu'. Oh...jadi bagus, dapat nombor last pun disambut meriah begitu, sememangnya kesayangan guru.

Pening-pening. Mata Sakura tertancap pada bekas 'pengasuhnya' sedang bergesel pipi dengan seorang gadis yang agak cantik dan memeluknya erat. Ek eleh, memang patut dia pecat wanita itu sebagai penjaganya. Dasar hiprokit.

" Apa yang Doraemon tu buat? " Eiko terkejut mendengar pertanyaan Sakura. Doraemon? siapa?.
" Puan Gina" .

" Oh...hehe. Jahatlah awak ni. Dia itu orang kuat pasukan sorak. Sesiapa yang cuba mengganggu mereka perlu berhadapan dengan dia. Jadinya..." Eiko menarik Sakura ke tengah menghadap buku. " Jangan cari pasal dan jangan peduli. Faham?". Sakura menjuih bibir menyebabkan Eiko menjadi geram.

Tetapi ulang kaji diteruskan jua. Khusyuk sekali hinggalah....

" Hai sayang................"

Saturday, August 7, 2010

Sakura 5

Higashi: Kenapa kau suka cari pasal!

Sakura: Hobi..........

Dalam jangka masa dua minggu ini, Sakura langsung tidak mengetahui bahawa Pengetua sekolah ini mengenali bapanya. Serta-merta hatinya menjadi gundah. Miss Vanilla mengetahui apa yang tersirat di hati Sakura melihatkan wajahnya yang berubah dingin.

" Kamu jangan risau. Segala rekod kamu akan disimpan dengan baik. Kamu boleh percayakan barisan guru di hadapan kamu ni. Mereka akan bertanggungjawab menjaga kamu sepanjang tahun ini." tenang suara Pengetua menjelaskan kepada Sakura. Dia merenung tiga orang guru yang dimaksudkan. Miss Vanilla? dia kenal. Cikgu lelaki tu? tak nak kenal!. Dan...nenek tua sihir tu? tak nak tengok!!!

" Aku tak perlu babysitter..." lembut sahaja Sakura menjawab, tapi sepasang hati mula panas. Selaku guru disiplin, dia merasakan Sakura ini begitu angkuh.

" Kamu fikir kami mahu sangat menjaga kamu. Kalau bukan kerana amanah saya pun tak mahu terima tugasan ini. Jadi tolong hormat pada kami!" melengking suara Puan Gina. Sakura tersengih sedikit.

" Kalau tak ikhlas buat apa terima. Tak ada siapa paksa pun..." jawapan Sakura semakin menambahkan bara di hati Puan Gina. Sememangnya dia tidak pernah suka pada pelajar yang bermasalah. Apatah lagi biadap seperti Sakura.

" Eh, kamu!.."

" Puan Gina!, please behave yourself" permintaan Pengetua menyebabkan Puan Gina mengerutkan muka. Dia pula yang disuruh menjaga tatasusila!

" Sakura. boleh saya tahu kenapa Sakura tak sudi dijaga kami?" suara Miss Vanilla menyebabkan Sakura tersentak. Nada begitu yang selalu digunakan oleh ibunya dahulu. Lembut dan berhati-hati mengutarakan soalan atau meminta sesuatu. Ini tidak, tengok muka pun sudah berkerut-kerut. Macam Puan Gina itu!

Diam.

" Sakura, kami cuma nak memastikan kamu berada dalam keadaan yang baik. Lagipun saya tahu kenapa kamu selalu berpindah sekolah sepanjang tahun ini. Kejadian lama tentunya sukar bagi kamu..." Pengetua menelan air liur sebelum membuka kembali bicara.
" Jadi...memandangkan saya yang bertanggungjawab ke atas kamu sekarang ini, saya ingin membuat pertukaran. Anggaplah ini sebagai permintaan daripada seorang teman." empat pasang mata merenung ke arah Pengetua.

" Sama ada kamu menerima barisan penjaga yang dipilih oleh saya, atau kamu mahu menerima sekolah yang lain? "

Mata Sakura bersinar tajam.

" Apa maksud tuan pengetua?" tanya guru lelaki yang cuma menjadi pendengar dari tadi. Walaupun pada pandangannya Sakura itu agak kurang sopan dan tidak beradab, kerana sekarang pun dia duduk terkangkang dah tak macam perempuan langsung, tapi bukankah mereka sudah diberi tanggungjawab untuk menjaga Sakura.

Pengetua cuma diam. Malas mahu menjawab pertanyaan itu. Lama Sakura mendiamkan diri.

" Baik. Saya terima cadangan pengetua, saya mahu Miss Vanilla sahaja yang menjadi penjaga saya di sini." Sakura memeluk tubuh. Miss Vanilla cuma diam tetapi wajahnya terpamer kejutan. Mungkin tidak menyangka Sakura akan menerima dirinya.

Pengetua tersengih. " Awak tak nak ke guru yang dua lagi ini? "

Kerutan di dahi Sakura jelas kelihatan, kemudian dia tersenyum sinis.

" Cikgu lelaki yang saya tak tahu nama pun bolehlah. Tapi...saya tak nak mak cik tua tu!!" jarinya menuding ke arah Puan Gina.

" Kurang ajar!!!" pekik Puan Gina. Bergegar telinga ketiga-tiga insan yang duduk di meja itu, sedangkan Sakura sudah ketawa evil. ( Jangan tiru aksi ini ya? )

****************************************************************************

Pagi yang indah itu burung-burung berkicau dengan riang , kerana guru-guru ramai yang bermesyuarat. Eiko sedang duduk di tempatnya sambil membuat latihan matematik, tidak peduli dengan suasana bising di dalam kelas seperti selalunya. Sakura sudah hilang ke pejabat kerana dipanggil oleh Miss Vanilla. Nampaknya dia keseorangan lagi kali ini sedangkan sebetulnya tadi mereka sudah berjanji akan mengulang kaji bersama-sama.

" Hai Eiko, rajinnya buat latihan" Shin menyapa. Takashi, Akira dan Junichi juga sudah duduk mengelilingi Eiko. Hanya Higashi yang duduk agak jauh, di meja hadapan Sakura. Eiko menggelabah, takkanlah hari ini mereka mahu menjadikan dia sebagai mangsa pula? Higashi tolonglah jangan!

" Ka...kamu nak apa?" cermin mata dipegang sambil matanya tidak lepas dari melihat Higashi. Yih!! dia boleh tersenyum pula? tak guna!

" Tak ada apalah. Kita kan kawan sekelas tapi tak pernah berbual mesra. Jadi hari ni kami nak berbuallah dengan kau. Kan?" Shin menoleh ke arah rakan-rakannya yang terangguk-angguk mengiyakan. Masing-masing menunjukkan muka yang penuh dengan 'kesucian'. Sebenarnya bukan tidak mahu tapi dihalang oleh Higashi.

Melihatkan kemeja yang tidak dimasukkan ke dalam seluar, rambut fesyen duri landak begitu, ternyata belum mampu memujuk hati Eiko.

~Apa? ingat saya bodoh~

" Kamu...marah sebab saya kacau dulu ke?" satu persatu wajah di hadapan ditatap.

" Eh, mana ada. Kami kan selalu bergurau. Lagipun kami tak pernah kacau kau kan?" Shin meletak tangan di atas meja. Pantas Eiko melarikan tangan dan diletakkan di dada.Matanya tajam memerhatikan mereka. Junichi mengerling Shin.

~Gopoh! apa dia ingat Eiko ni sama ke macam peminat-peminat dia tu?~

" Kau ni rajinlah. Kalau tak ada cikgu mesti kau buka buku. Ei..jeleslah aku." komen Akira menyelamatkan suasana. Eiko tersipu-sipu. Entah dia malu dipuji begitu atau kerana Akira yang mempunyai wajah cute itu.

Perlu diingatkan ya! walaupun mereka ini Taiko begitu, mereka tetap mempunyai Fan Club sendiri. Kerana selain membuli pelajar-pelajar baharu, mereka juga selalu menjaga pelajar-pelajar di sekolah ini daripada dibuli oleh pelajar sekolah lain. Kerana cuma mereka yang berhak membuli, dan jika ada keinginan untuk mengambil alih perlu meminta cop mohor kebesaran dari mereka terlebih dahulu. (Perangai lelaki memang sukar difahami). Mengikut rekod sepanjang tahun persekolahan ini, yang paling ramai ahli ( masuk secara sukarela ) ialah Shin. Kenapa tak perlulah diberitahu ya?

Higashi meskipun berada di sana, telinganya tetap menangkap setiap butir bicara. Dia kenal Eiko. Jadi gadis itu memang tidak menipu setiap kali menjawab soalan mereka mengenai Sakura.

Dan begitulah rancangan mereka, berbaik dengan Eiko untuk mengetahui tentang Sakura. Kerana sepanjang dua minggu ini, gadis itu sering dilihat berduaan dengan Sakura. Takashi paling sukar menerima jawapan Eiko setelah mengetahui Sakura tidak langsung membuka cerita mengenai mereka. Tapi untuk mengulang bertanya dia khuatir jika Eiko menyedari tujuan sebenar.

" Eh, Sakura tu ok ke? kau tak takut ke kawan dengan dia? " soal Shin pada Eiko.

" Takut? kenapa nak takut? "

Taiko berlima memandang antara satu sama lain.

" Tak adalah, maksud Shin ni Sakura tu ada tak yang luar biasa pasal dia? "

Eiko mengerutkan dahi mendengar soalan Takashi. Luar biasa? apa punya soalan ni ?

" Erm...tak ade " terkebil-kebil dia menjawab. Dilihatnya muka taiko berlima itu seperti tak puas hati. Mungkin mereka masih mahu mengenakan Sakura.
" Apa yang kamu buat pada Sakura hari tu? "

Mereka berlima terkejut mendengar soalan Eiko. Masing-masing tidak tahu untuk memberi jawapan sedangkan muka Higashi sudah bertukar merah. Kadang-kadang Eiko ini memang menakutkan.

" Biasa. Suai kenal. Kan?!"
Jawapan Shin dipersetujui oleh mereka berempat. Cuma Higashi yang seolah-olah tidak mendengar.Diam seperti air yang tidak beriak menyebabkan Eiko memandang Higashi tajam. Mesti ada sesuatu, kerana apabila ditanya Sakura juga enggan memberi sebarang maklum balas berkenaan pada hari pertama dia ke sekolah hari itu. Senang-senang jawapannya, No Comment

"Erm....? ok! " Eiko membetul-betulkan cermin mata.

~ Tak nak beritahu? tak apa. Suatu hari nanti aku akan tahu juga!. Bukannya mereka nak kemana-mana pun.~

Sedang seronok bersembang begitu, tiba-tiba Sakura muncul dengan lagak perempuan jepun terakhir dan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling terus duduk di tempatnya. Diam dan tunduk. Tapi di sebalik rambut yang cuma dapat dilihat oleh orang di hadapan, senyuman sinis dihadiahkan untuk Higashi seorang. Hati Higashi meledak panas.

~Kenapa dia ni suka cari pasal?!!~

Monday, August 2, 2010

Sakura 6


Atuk Happosai

~ They have promise that dreams can be true, but forget that nightmares can be dream too~

Riuh-rendah suara pelajar perempuan menyalin baju sukan di dalam bilik persalinan. Selamba sahaja mereka menukar baju di hadapan masing-masing sedangkan Sakura hanya berdiri teguh seperti pegawai peribadi ayahnya yang selalu dilihat. Wajahnya menghadap ke dinding, tidak sudi melihat free show di hadapan. Bukannya ada beza!

" Eh, kenapa tak salin baju lagi? " Eiko pelik melihat Sakura yang masih belum bersedia. Di tangannya terdapat gumpalan baju dan seluar track-suit. Sakura menjeling Eiko sekilas. Eiko pun sama?!

Eiko mengerutkan muka. Oh...agaknya...

" Awak malu ya nak salin depan kami?" dagunya digaru dengan hujung jari sambil tersengih macam kerang busuk. Sakura buat muka Don't know.

" Kenapa tak cakap. Dah, jom saya bawa awak salin tempat rahsia" tangan Sakura ditarik menuju ke bilik yang dibuat sendiri. Caranya menyusun lokar yang rosak menjadi dinding. Bijak!

" OK! awak salin di dalam ni, saya tunggu di luar. Takut nanti ada orang masuk pula. Boleh ya?" bagai seorang ibu yang memujuk anak, Eiko menolak Sakura ke dalam. Sakura tersengih di dalam bilik itu. Malu? heh! cepat-cepat dia menyalin baju, takut kalau-kalau Eiko masuk. Bukan kerana malu tetapi kerana setelah bajunya dibuka, terserlah tali pinggang buatan sendiri yang dilekatkan dengan tiga jenis senjata.

~ Wih!!hehe...( evil witch laugh ) apa agaknya reaksi Eiko kalau dia nampak barang-barang ni ya?~

Tali pinggang diketuk-ketuk. Sempat lagi dia membuat aksi model di dalam, ala-ala Tyra Banks membuat pertunjukan senjata ninja begitu ( Macamlah hal itu akan benar-benar berlaku ). Ada bath thrower, ninja spike, dan ninja black torpedo. Hah, walaupun saiznya kecil jangan pandang sebelah mata. Jadikan Taiko lima orang tu sebagai...p-e-n-g-a-j-a-r-a-n.

" Hei Eiko. Kawan kau ada dalam tu ke?" tanya satu suara.

" Kenapa? awak nak masuk ke Miya?" terdengar suara Eiko menjawab di sebelah. Sakura berhenti berposing lalu mula memakai seluar.

" Taklah. Aku cuma nak ingatkan saja. Jangan lupa beritahu kawan kau tu pasal atuk Happosai. Kalau tak nanti jadi macam Natsumi ni ha!" serentak itu kedengaran suara ketawa beramai-ramai.

" Weh, atuk Happosai sayang dia sorang lah"
" Jangan risau Natsumi, tak ada siapa boleh rampas abang sayang kau tu"
" Aku setuju"

Gadis yang diberi nama Natsumi itu memasamkan muka. Lantas dia mengejar Miya. Terdengar suara mereka berdua terjerit-jerit yang kian menghilang. Tidak lama kemudian suasana bising di dalam bilik itu menjadi sunyi.

Setelah pasti semuanya 'ok', Sakura keluar. Dan seperti yang dijanjikan Eiko setia menunggu di luar. Dia ingatkan tadi Eiko pun sudah berambus.

" Dah? bagi sini baju awak." pakaian seragam Sakura diambil. Pantas Sakura melarikan bajunya.

" Wih! awak nak buat apa?" tanyanya. Kadang-kadang Eiko ini menakutkan, sama macam Aja.

"Erm.." mukanya berubah serius " awak dengar tak Miya cakap apa tadi? " keningnya diangkat.

" Atuk Happosai" Sakura mengangguk. Eiko melingkar tangannya pada bahu Sakura. Perlahan-lahan dia membawa Sakura berjalan menuju ke arah lokarnya.

" Dalam sekolah ni ada pencuri tuttut wanita ( maaf sensitif) . Kami gelar dia Atuk Happosai. Dah ramai pelajar perempuan yang menjadi mangsa dia, termasuk saya. Tapi Natsumi selalu jadi mangsa dia. Jadi..." pintu lokar dibuka. " awak simpan baju di lokar saya. Masalahnya lokar di sini banyak yang rosak, makanya terpaksalah kita berkongsi. Faham?"

Oh...mulut Sakura muncung. Sambil berjalan menuju ke padang, Eiko menceritakan sedikit tentang sejarah Atuk Happosai yang mula muncul sejak hampir setahun yang lalu. Sakura mengangguk faham mendengar segala cerita Eiko. Cuma dia tak faham satu perkara, kenapa Atuk Happosai tidak tertangkap sampai sekarang ?

" Ish awak ni. Kalau mudah macam tu tak adalah perkara ni berlanjutan. Pernah ada orang cadangkan supaya diletakkan cctv di situ, tapi kemudian budak lelaki cakap, alang-alang dah nak letak baik letakkan di dalam bilik sahaja. Gatal!!" Eiko memuncung tajam. Sambil matanya tajam melihat ke arah Shin. Tahulah Sakura otak mereng siapa yang memberi cadangan itu.

Mereka kemudian membuat bulatan meregangkan badan bersama-sama pelajar perempuan yang lain. Taiko berlima itu juga membuat bulatan, tapi bukan berdiri sebaliknya duduk santai. Ah, biarkan. Sesekali mata nakal Sakura mencari juga wajah Akira yang menarik perhatiannya dari mula. Bukan tergoda ya cuma Cute!

Meskipun permainan hari ini ialah bola tampar, ramai pula yang bertepuk tampar di tepi gelanggang. Hanya beberapa orang pelajar yang sememangnya meminati sukan ini, atau ingin melepas tension sedang bermain. Sakura dan Eiko duduk di bawah pokok, agak jauh dari kelompok pelajar yang lain.

" Ha! " sergahan Eiko mengejutkan Sakura. Kan dah kata dia ni menakutkan. Lepas tu boleh pula dia ketawa, sampai merah pipi. Apa yang best sangatnya?

" Apanya? " tanya Sakura. Kalau orang lain yang buat begitu sudah pasti ditempelengnya. Mujur dia boleh bersabar dengan Eiko ni. Lagipun...bila melihat matanya itu, kesian.

" Maaf..cuma, semalam taiko berlima itu bertanyakan awak." kata-kata Eiko menarik perhatian Sakura. Dia buat muka selamba sedangkan sejak semalam dia sudah mengagak sesuatu ketika terlihat mereka berkumpul di meja Eiko. Agaknya sebab itu dari tadi Akira asyik mencuri pandang wajahnya. Bukan dia tak tahu!

" Kenapa?" Hati Sakura ketawa penuh kejahatan. Dah takutlah tu!

" Erm..." Eiko menggaru hidung." Mereka nak kawan dengan awak"

".........................."

************************************************8

Miss Vanilla yang sedang berjalan di koridor terhenti. Matanya menangkap Sakura yang sedang gembira bersembang dengan Eiko. Khusyuk dia memerhati tanpa menyedari Cikgu Mars yang sedang menghampiri. Tahu-tahu sahaja lelaki itu sudah tercacak di sebelah, turut memerhatikan Sakura di bawah sana.

" Eh, cikgu" Miss Vanilla terkejut. Cikgu Mars tersenyum.

" Nampaknya Miss mengambil berat pada pelajar itu ya?" dia merenung Miss Vanilla yang tersenyum sedikit. Cuba memahami isi hati Miss Vanilla yang terkenal di kalangan anak murid kerana kelembutan serta kebijaksanaanya.

" Cikgu pun sama, kan?" Dia memulangkan soalan kepada Cikgu Mars. Sebetulnya dia memang ingin membantu gadis kecil itu. Walaupun tingkah lakunya mempamerkan kekasaran, tapi matanya seringkali menunjukkan kesayuan yang mendalam. Malah setiap kali dia masuk mengajar, Sakura lebih banyak termenung, dan tidak aktif dalam pembelajaran. Mengalahkan Eiko.

"Saya terima tanggungjawab ni bukan kerana imbuhan yang akan diterima. Saya pun sama, cuba membantu Sakura dari segenap sudut yang boleh. Lagipun, inikan amanah yang diberi oleh pengetua. Cuma...saya rasa dia tidak ikhlas menerima saya berbanding penerimaannya terhadap Miss Vanilla."

Miss Vanilla menoleh, tidak faham dengan maksud cikgu Mars.

" Maksud cikgu apa? bukan ke dia sendiri yang memilih cikgu sebagai penjaganya di sini "

Cikgu Mars tersenyum. " Ya...sebab dia nak sakitkan hati Puan Gina. " keluhnya. Sememangnya dia agak terasa dengan kelakuan Sakura. Terbayang kembali saat-saat dia bertembung Sakura di sekolah, dan setiap kali itulah Sakura akan menjelingnya, kadang-kadang dengan sengaja menukar haluan ke arah lain. Seolah-olah benci melihat dirinya. Siapa yang tak terasa?

" Dia cuma perlukan masa. Bukan mudah untuk dia menerima orang asing, tambah lagi dengan segala yang berlaku dalam hidupnya selama ini. Jadi saya yakin lambat-laun dia akan dapat mempercayai kita." jujur Miss Vanilla meluahkan kata. Dia berpaling apabila Cikgu Mars tergelak. Kerutan jelas kelihatan di dahinya.

" Maaf, saya bukan mengejek kata-kata Miss tadi. Cuma..err..saya" Cikgu Mars tiba-tiba terkaku.

" Eh, saya dah lewat ni, pergi dulu ya?" terus Miss Vanilla berlalu meninggalkan cikgu Mars yang terkaku di situ. Cikgu Mars mengusap muka. Terlepas lagi hasrat hatinya untuk berkawan rapat dengan gadis itu.

~Hish, bodoh betul! melepas lagi aku~