Hait there friends!!! enjoy ya blog ni...Get this Widget

Saturday, July 31, 2010

Sakura 4



'If All My Friend Were to Jump Off A Bridge, I Wouldn't Jump With Them. I'd be at The Bottom to Catch Them'

" So,macam mana?" selamba Aja bertanya sebaik Sakura keluar dari bilik Air. Sakura terkejut juga, tetapi mujur dia sudah memakai baju dalam bilik air tadi. Dia tidak suka memakai jubah mandi, katanya jubah mandi hanya untuk orang-orang kaya.

Perlahan dia menghampiri Aja yang tergolek di atas katil...

" Adoi!!!Sakitlah!" tangannya dikilas ke belakang oleh Sakura. Dalam keadaannya yang sedang meniarap agak sukar baginya untuk melepaskan diri, apatah lagi Sakura sedang menghempap badannya. Aduh..beratnya!.

" Sakit?padan muka. Kalau kau tak nak lagi sakit, jawab soalan aku. Apasal kau tipu? kau rasa lawaklah ya gurauan kau tu?" Aja dilepaskan. Pantas Aja beralih duduk ke kepala katil sambil menggosok lengannya.

" Tipu apanya pula ni? aku tak faham langsung apa kau cakap." dia sudah hendak menangis, tapi muka Sakura tetap macam tadi. 'Eleh manja.'

" Nyaris aku nak kena buli di kelas tadi. Apasal kau cakap lain, tapi yang jadinya lain. Kau tipu aku ya?" dia mendekati Aja. Pantas Aja menggenggam penumbuk sambil sebelah tangannya memegang bantal. Ceh perisai la konon. Ada ke perisai dari kekabu?

" Mana ada aku tipu. Aku cakap betul. Memang aku kena buli masa sekolah di situ, jadi aku tukar sekolah sebab tak tahan. Mama dan Ayah aku pun tak tahu. Aku cakap Betul!" wajahnya sudah masam apabila dituduh begitu. Kenapa Sakura ni garang sangat.

" Habis tu Higashilah yang buli kau ya?" Mata Sakura sudah memaparkan kemarahan yang mendalam.

" Siapa Higashi? Aku tak kenal. Lagipun, buat apa aku nak tipu kau. Kau seorang saja sepupu aku yang baik." Wajah Aja memaparkan kesungguhan. Sakura mengeluh, tangannya dihulur ke arah Aja. Tidak bersambut. Malah wajahnya dipaling ke arah lain, tetapi masih duduk di atas katil Sakura. Ek Eleh.

" Alah...Adik kakak, marilah sini kakak pujuk..." Sakura mendekati Aja lalu memeluknya ketika dia cuba melarikan diri.

" Dahlah geli tau tak. Kau tu bukannya pandai pujuk pun" akibat mulutnya yang celupar itu, Sakura mengusap kasar rambutnya sehingga kusut. Mereka ketawa sebelum Aja menuju ke cermin solek. "Hei habis rosak rambut aku yang cantik ni"

Sakura tersenyum sinis. "Cantik? apa yang cantiknya rambut berkarat macam tu .Auntie tak marah ke kau warnakan rambut ni?" hairan dia melihat gelagat sepupunya yang seorang ini. Baru bulan lepas Aja mewarnakan rambutnya dengan warna purple. Sekarang sudah berubah ke warna merah.

" Em..."Aja berpura-pura berfikir sebelum tersengih.."Yang tu kena tunggu dia balik rumahlah. Lepas tu baru tahu dia nak marah ke tak." bersahaja suaranya seperti tidak kisah. Dia perasan Sakura merenungnya dari pantulan cermin.

Sakura hairan juga ketika pertama kali menjejakkan kaki ke rumah adik bapanya ini, Auntie
Aika dan suaminya Pak cik Kaja seolah-olah tidak pernah memiliki rumah ini. Malah setelah beberapa hari tinggal di sini dia perasan selalunya Aja akan menguruskan dirinya sendiri walupun terdapat beberapa orang gaji yang bekerja di rumah ini. Kata Aja dia sudah biasa berdikari sejak kecil. Malah dia pernah memegang kunci rumah sendiri sejak tadika.

Wow!mengingatkan itu Sakura mula teringatkan ibunya dahulu. Ibu tidak pernah membenarkannya bersendirian, walaupun untuk ke sekolah sehingga umurnya 15 tahun. Kenapa? kerana sejak itu Sakura tidak lagi dapat merasai kasih sayang ibunya yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi.

" Eh, ceritalah pasal...siapa namanya kau sebut tadi?" entah bila Aja sudah berada di sebelahnya. Sakura tersenyum.

Panjang lebar dia bercerita kepada Aja dari mula masuk ke kelas sehinggalah peristiwa bersama Eiko di padang. Dan apabila ditanya Aja juga tidak tahu maksud Eiko.

" Aku sekolah di situ hampir setahun , tapi macam sepuluh tahun lamanya. Benci aku dengan mereka tu. Kalau kau tengok, mesti tak sangka mereka tu pembuli. Tapi hakikatnya memang mereka tu pandai menyembunyikan muka. Nampak baik tapi...huh!" bersemangat Aja memberitahu keadaannya semasa bersekolah di situ sebelum mengambil keputusan menukar sekolah dengan sendiri. Malah sampai sekarang ibubapanya tidak tahu perihal itu.Kerana itu Sakura dihantar ke sekolah lamanya, konon-konon senang mereka ingin menjaga antara satu sama lain.


" Siapa kawan baru kau tu. Aku nak jumpa dia jugalah. Mana tahu entah-entah aku pernah kenal dengan dia ke?" suara Aja mengembalikannya ke dunia asal. Sakura tersengih.

" Nantilah. Aku pun baru kawan dengan dia. Cuma tahu nama saja." tapi hatinya mengatakan Eiko seorang gadis yang baik. Kalau tak masakan dia sanggup diperlakukan oleh Higashi seperti itu ,semata-mata mahu mempertahankan dirinya.

Friday, July 30, 2010

Sakura 3











VS














~If Love is The Answer,Can You Please Repeat the Question?

Bunyi drum yang membingitkan jelas kedengaran dari luar. Takashi masuk sambil membawa beg plastik yang berisi beberapa tin minuman. Semua rakannya berada di situ, sedang duduk dalam bentuk bulatan berhampiran sofa. Hanya Higashi seorang yang belum habis bermain drum, dari tadi sampai sekarang. Adalah dalam 4o minit.

Selesai bermain drum yang sebetulnya hanya diketuk iramanya sesuka hati kerana dia ni bukannya tahu main drum pun, drum stick dicampaknya ke dinding. Alahai...kesian kau dinding. Nanti kalau ada gempa bumi kau hempap saja si Higashi ni. Manik peluh jelas kelihatan dari dahi dan juga tengkuk Higashi seperti baru lepas berlari untuk ujibakat menjadi angkasawan negara. Semua orang diam, tidak tahu untuk memulakan bicara.

" Sekarang macam mana?" Shin akhirnya mengalah dengan suasana sepi. Dia menatap wajah di kelilingnya satu-persatu. Tapi masing-masing blurrr.Kosong.

" Aku..." Akira gerun pula setelah semua mata memandangnya. 'Nak cakap ke tak ya?'

Mereka masih menunggu...

" Apa bendanya?cepatlah cakap" gesa Takashi. Serasa tidak sabar untuk mendengar cadangan daripada Akira. Mungkin dia ada idea bernas untuk mengenakan gadis yang bernama Sakura itu tadi. Ceh, baru datang tempat orang dah nak tunjuk lagak. Tak padan dengan perempuan. Tercabar juga ego mereka tadi meskipun Higashi tidak dicederakan, tapi maruah mereka telah tercalar. Bagaimana nanti kalau para pelajar tahu mengenai kejadian petang tadi, mereka berlima juga yang akan mendapat malu.

Akira memandang Higashi yang juga sedang membalas renungan matanya. Seakan cuba menyampaikan sesuatu kepada rakan baiknya itu itu.

" Boleh tak kalau kita tak ganggu dia" perlahan suara Akira tetapi kedengaran bagaikan bunyi bom meletup di telinga rakan-rakannya. Patutlah kelihatannya dia gelisah dari tadi.

" Kenapa pula?" tanya Shin.

" Aku suka dia". Sepotong ayat itu mengundang rasa unbelievable yang amat sangat sehingga bahasa badan mereka juga berubah. Kalau tadi bersila dengan penuh sopan tapi sekarang masing-masing dengan gaya errr... macam mana nak cakap ya? berubahlah terlunjur kaki ke ,macam tu. Faham ya?

" Gila ke kau. Perempuan macam tu pun kau minat?! kau tak tahu ke apa yang dia dah buat pada Higashi tadi. Mengarut betullah!" marah Takashi. Shin dan Junichi menganggukkan kepala. Tetapi Higashi pula lain.

" Betul kau suka dia?" perlahan dia bertanya. Nah,terus terbuntang mata mereka. Apahal pula dengan Higashi ni.

" Higashi..maksud aku" Higashi mengangkat tangan,menyuruh Akira berhenti. Tin minuman yang dilarikan oleh Takashi sejak tadi diambil, yalah risau kalau-kalau Higashi minum waktu tengah marah sedangkan jantungnya berdenyut laju begitu nanti terus-RIP.

" Tak apa. Aku tak marah pun dengan dia. Tadi tu aku cuma lepas tension saja sebab tak dapat nak kacau budak tu. Heh,budak pertama yang berjaya mengenakan aku." Dia tertawa meskipun kedengaran hambar. Dadanya terasa sesak bagai dihimpit sesuatu. Tapi apa ya? dia tak faham. Tangannya meraba-raba leher yang hampir-hampir menjadi korban petang tadi. Nasib baik umurnya masih panjang,sudahlah tak kahwin lagi.

" Habis,rancangan kita nak kenakan perempuan tu macam mana?!" Takashi masih belum selesai. Tolonglah jangan cakap nak lepaskan saja perempuan tu pergi.

" Siapa kata aku nak kenakan dia balik. Eh, kalau korang buat macam tu jangan nak babitkan aku pula" selamba Higashi bercakap tidak peduli jika ada hati yang akan berasa kesal.

Shin makin pelik dengan perangai lelaki itu. "Betul kau tak marah ni?" dia meletak tangan pada dahi dan tengkuk Higashi. Mana tahu kalau-kalau kawannya trauma dengan kejadian petang tadi, dan otaknya sudah meletup di mana-mana bahagian. Wah...Shin memang berangan untuk menjadi seorang doktor walaupun impiannya itu terasa sukar untuk dicapai.

" Erm..lagipun, aku malaslah nak kacau budak tu. Bukan apa, kamu sendiri nampak apa yang dia buat pada aku petang tadi. Jadi, kamu sanggup ke nanti nak hadapinya?" soalan Higashi membuatkan mereka terdiam. Betul juga. Lagipun tadi Higashi bernasib baik, mereka belum tentu lagi. Kata orang tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.

" Kenapa kau suka dia?"Junichi mula berkata-kata. Dia ini memang pendiam sikit orangnya. Sikit sajalah. Akira tersengih apabila semua mata memandangnya.

" Sebab...waktu dia pegang pisau tadi, muka dia sebiji macam Haruno Sakura. Cuma rambutnya tak pink sahaja. Tapi hitam pun tak apa sebab dia nampak macam Sakura wars. Fuh!comelnya dia" wajahnya kelihatan kagum sekali. Ah..Akira suka benar pada watak Sakura dalam animasi Naruto. Katanya Watak Sakura gentle tapi ganas apabila bertarung yang pada matanya kelihatannya saaangatt comel.
Sebelum ini dia memuja Sakura dalam animasi Sakura Wars dan pernah mengakui akan mencari wanita yang serupa seperti dalam animasi itu. Gila itu kan?tapi agak-agaknya sekarang dah tak mustahil. Sakura sudah muncul dalam dunia sebenar. Nama dan sifat yang sama. Persoalannya mampukah dia menggapainya? tungguuu.....

" Kamu rasa aku boleh pikat dia tak?" Akira berpaling.

Ting!!!!!kosong. Eh? sejak bila mereka sudah tiada.

Meledak ketawa rakan-rakannya di luar. Malas mahu mendengar ayat Akira yang sudah melekat bagaikan gam dalam otak mereka. Pernah juga mereka menegur Akira yang terlalu fanatik dengan animasi, tapi kemudian dia akan cakap ,"Bukan pelukis animasi tu pun orang dewasa ke" ataupun "Hebatkan bagaimana garisan boleh menghasilkan bentuk yang mengkagumkan". Dan sampai sekarang mereka tak tahu bilalah dia nak sedarkan diri.

Dalam gelak ketawa itu tanpa mereka sedari ada sepasang hati yang tidak jujur dalam meluahkan rasa. Dalam diam dia hanya mampu mengeluh.Tidak tahu kenapa perasaannya begini...

Tuesday, July 27, 2010

Sakura 2

~I belive in angles sent from the heavens.I am surrounded by angels, but I call them friends~

Riuh-rendah suara pelajar-pelajar perempuan di padang tidak menarik perhatian Sakura.Dia hilang dalam dunianya sendiri sambil bersandar di bawah sebatang pokok ditepi padang.Sendirian tanpa teman untuk mengganggu.Dan selebihnya sebab dia nak larikan diri dari budak di kelas tadi tu.Nama yang seakan-akan Lion tu.

" Nah ," Sakura tersentak lalu mendongak melihat empunya suara.Kerutan di dahinya jelas kelihatan tanda tidak mengerti.Entah kenapa gadis di hadapannnya tidak putus asa untuk mendekatinya dari tadi.

Eiko mengambil tempat di sebelah Sakura.Di tangannya terdapat sepotong sandwich dan air kotak.Keduanya disuakan kepada Sakura.

" Ambiklah.Saya ikhlas nak belanja.Mesti awak dah tak ada duit kan? ish, Higashi ni memang lah.Awak sabar ok.Higashi memang macam tu.Suka tunjuk taiko pada budak baru."

Sandwich sudah bertukar tangan.Tanpa senyuman atau ucapan terima kasih Sakura membuka bungkusan sandwich lalu dikunyah perlahan-lahan, sambil itu otaknya memikirkan mengenai kata-kata Eiko tadi.

" Dah lama ke kenal dia tu,"buat pertama kalinya Sakura berbual dengan rakan baru di sebelahnya sedangkan sewaktu di kelas tadi sudah berbuih rasanya mulut Eiko cuba mengajak Sakura berbual.

Eiko tidak segera menjawab tetapi dia menoleh ke arah Sakura dengan wajah yang merah padam.Terkejut kerana Sakura sudah mula bercakap dengannnya dan juga dan juga marah.Mulutnya terjuih macam woody woodpecker.Sakura pula yang tak tentu arah.' Apa kes dia ni?'.

"kenal? tak adalah juga.Tapi saya dan dia dari tadika asyik masuk kelas yang sama .Malang betul nasib saya."Kakinya menguis-nguis rumput di atas tanah ibarat menenyeh muka Higashi Koichi a.k.a. Leo itu.Taiko konon.Kan baik kalau dia betul-betul dapat meletakkan kakinya ke muka lelaki itu.Meletus ketawa Sakura mendengar cerita Eiko.

" kenapa kau tersengih ni? ," hairan Sakura melihat Eiko yangtidak putus-putus menatap wajahnya.

"Comel la bila awak ketawa.Betul saya tak tipu."

Berubah wajah Sakura mendengar komen Eiko.Sememangnya dia tidak suka sesiapa pun memuji dirinya kecuali ibunya sendiri.Entah kenapa pujian Eiko dirasakan sebagai satu penghinaan.Pantas Sakura bangun melangkah pergi dari situ.Sandwich yang baru separuh dimakan dipulangkan semula.

Eiko terkebil-kebil seketika sebelum dia menyedari apa yang berlaku.Laju sahaja dia berlari menyaingi Sakura.Mata Sakura tajam menikam wajahnya.

" Sorry...saya tak tahu awak akan marah.Tolonglah jangan pergi,saya ikhlas nak kawan dengan awak."
sayu suara Eiko memujuk Sakura. Dia dapat merasakan persamaan dengan Sakura, kerana dia juga pemalu dan pendiam sewaktu baru memasuki sekolah ini.Tiada ramai kawan apatah lagi kenalan.Bukannya tidak mahu tapi sudah menjadi lumrah dia begitu sukar untuk berdepan dengan orang yang baru dikenali.Kecuali mereka yang dirasakan padan dengan dirinya sendiri seperti Sakura.

Sepi menyelubungi mereka.Hanya sesekali kesunyian itu diisi dengan suara pelajar-pelajar lelaki yang sedang bermain bola sepak di padang dan pelajar perempuan yamg terjerit-jerit menyokong.

" Sudahlah..tapi ingat.Jangan puji saya.It doesn't work for me,"
Eiko sekadar mengangguk.Mereka kembali ke bawah pohon itu semula.Sakura duduk bersila sambil bersandar di batang pokok.Kali ini Eiko teragak-agak untuk memulakan bicara.

" Awak nak lagi ke sandwich ni " Eiko menunjukkan sandwich yang baru separuh dimakan oleh Sakura tadi.Tangkas Sakura mengambilnya semula.Rezeki jangan ditolak,Maut jangan dicari.
Erm...sedap gak sandwich ni.Ada lapisan keju lagi.huhu,mengiurkan.

Oh ya lupa nak tanya.Tu la makan punya pasal.

"Dia memang macam tu ke dengan budak baru?"air kotak dibuka lalu dihirup laju.Sesaat saja sudah kempis kotak minuman itu dibuatnya.Tak ada ciri-ciri perempuan langsung.Tapi biarlah bukannya dia ada teman lelaki pun nak kena jaga tatasusila.Selesai minum dia mengelap mulut dengan lengan baju.

"Ya...macam itulah.Tapi, dulu dia tak macam tu"
Kepalanya diangkat memandang langit yang kelihatan suram.Sesuram hatinya kini.Cuma dia yang tahu rahsia sebenar Higashi.Akhirnya satu keluhan dilepaskan.

"Maksudnya...?"betul-betul dia tidak faham dengan sepotong ayat Eiko tadi.Bukan dia kata dulu tak macam tu?.Walaupun hati masih sakit dengan kejadian dalam kelas tadi, tapi dia tetap juga nak tahu perihal lelaki yang berani betul menyetuh dia.' ingat aku ni teddy bear ke nak cuit-cuit.'

"Erm...macam mana nak cerita ya." kepala yang tidak gatal digaru perlahan.Kemudian turun ke dagu sebelum beralih ke lengan.Dah macam orang tak mandi pula.Entah-entah dia memang tak mandi tak?

Eiko serba-salah untuk bercerita, sebabnya walupun dia memang nak berkawan dengan Sakura tapi mereka berdua kan belum kenal sepenuhnya.Lagipun dia malas nak cari masalah dengan budak Taiko seorang tu.Bukan hanya sebab takut tapi ada benda lain yang mengikat hidupnya dengan lelaki itu.Benda apa? nantilah cerita.

"Tak apalah kalau kau tak nak cerita.Tak penting pun"Kesian pula Sakura melihat Eiko dalam keadaan macam tu meskipun dia sebenarnya tak sabar nak tahu pasal lelaki itu...juga empat orang rakannya yang lain.Terutamanya,seorang lelaki itu dengan wajah yang keanak-anakan.Wah, Sakura ni dalam menunduk pun sempat lagi mengintai anak teruna orang ya?

~Alah,buat apa nak susah-susah.Aja kan ada.Balik nanti boleh tanya...juga belasah.~

"Terima kasih ya sebab belanja."Sakura bangun sambil melibas skirt yang dipakai.Perlu masuk ke kelas sekarang, sebab langit semakin mendung.Hm...macam mana nak berdepan dengan Higashi a.k.a Leo tu ya?Eiko tersenyum gembira.Pertama kali seseorang mengucapkan terima kasih padanya.Kawan baru pula tu.Mereka beriringan menuju ke kelas.Tetapi beberapa langkah sebelum sampai ke pintu kelas kemudian Eiko memegang erat lengan Sakura sambil memandangnya dengan wajah penuh kasihan.Sudah..apa lagi ni.

"Erk..awak jangan risau pasal Higashi.Nanti kalau dia suruh buat apa-apa awak ikut je.Dia tu tak adalah jahat sangat.Memang macam tu cara dia dan lagi satu..."
Suaranya berubah perlahan apabila dua orang pelajar perempuan lalu di belakang mereka.Dia tunduk sedikit apabila mata mereka bertembung.

"Awak jangan risau pasal duit awak tu.Nanti Higashi akan bagi balik pada awak.Tak lebih dan tak kurang.Ok"
Senyuman manis diberi sedangkan Sakura masih dalam keadaan blur yang aaaaaaaamat sangat.Duit? kasi balik? rasanya lebih sukar memahami ayat Eiko daripada membuat latihan Fizik.

Sakura menjuihkan bibir.Ini kalau rakan-rakannya yang dulu mesti tahu apa maknanya iaitu isyarat-tengoklah dulu oleh Sakura.

"Eh? awak nak pergi mana?kelas kita kat sini lah." tanya Eiko apabila Sakura melangkah ke arah berlainan.Sakura tersengih.

"Siapa kata saya nak masuk kelas.Saya nak hantar awak ke kelas je."dan Sakura terus berlari dari situ tanpa sempat Eiko berkata apa-apa.

~Oh tidak...Sakura ni baru hari pertama sekolah pun dia dah ponteng? agaknya salah ke firasat aku pasal dia ni ya?~

Sunday, July 18, 2010

Sakura 1



First Petals: Buli? Cubalah!!


"Apa khabar nama saya Sakura.Panggil sahaja Sakura.Harap kamu dapat memberi tunjuk ajar,"
lancar sahaja dia memperkenalkan diri di hadapan kelas.Tetapi wajahnya ditundukkan, memandang hujung kasut hitam yang berkilat.Tiada langsung interaksi mata dengan rakan-rakan di kelas barunya.

Semua mata yang memandang memaparkan pelbagai reaksi hati.Ada yang jengkel, ada yang tidak peduli ,tak kurang juga mata-mata nakal ibarat ingin menerkam.

"Ada pun suara ingatkan bisu"
"Nampak macam sombong je"
"Betul ke ini kelas dia.Kenapa pendek je "

Bisikan halus mula kedengaran yang hanya didengari oleh pihak-pihak tertentu.Miss Vanilla tersenyum cuma melihat Sakura yang ditunggu-tunggu kehadirannya.Sejak sebulan lepas dia serta beberapa orang guru telah dimaklumkan mengenai kemasukan Sakura kesekolah ini.Sebab penukarannya tidak diketahui hanya mereka diwajibkan supaya merahsiakan identiti Sakura yang sebenar selain memerhatikan gerak-gerinya di sekolah ini.

"Baiklah.Terima kasih Sakura.Kamu boleh duduk."
Sakura mengangguk sebelum kembali ke tempat duduk.Di barisan paling belakang berhampiran tingkap dan bersebelahan dengan seorang gadis yang agak...kuno.Rambutnya diikat tocang dua dan diikat dengan reben putih.sejak awal tadi dia asyik menggigit kuku. Rasanya dia ibarat baru masuk ke tadika dan bukannya pelajar sekolah menengah.

~Ah lantaklah.Asalkan dia tak ganggu aku sudah.

Pengajaran Miss Vanilla di hadapan ibarat masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Sakura langsung tidak ambil peduli akan penerangan yang diberi.Dia tetap seperti ketika mula-mula menjejakkan kaki ke dalam kelas ini.Tunduk dan diam seribu bahasa.Lamunannya berkecai secara automatik apabila sebuah buku teks perlahan-lahan disorongkan ke arahnya.Tanpa bicara pun Sakura mengerti maksud gadis di sebelahnya yang ingin berkongsi buku.Biasalah kalau sudah namanya pelajar baru mestilah perlukan masa untuk mendapat pinjaman buku kan?

Buku teks ditolak semula kepada tuannya.Sakura tak mahu berkongsi.

****************************************************************

Baru sahaja selesai mengemas peralatan menulis ke dalam beg, 5 orang pelajar lelaki terpacak di hadapan meja Sakura.Masing-masing menunjukkan wajah yang begitu...samseng.Dan Sakura masih juga seperti tadi.Tenang tanpa riak.

"Korang nak apa pulak ni?"

Gadis di sebelah Sakura mengerti maksud kedatangan tidak diundang mereka.Bukannnya sehari dua dia bersekolah di sini..Jadi segalanya tentang mereka sudah dapat dibaca dengan sangat jelas.Pastinya mahu menjalankan kerja part-time mereka yang tak tahu bila nak berkesudahan.
Seorang pelajar lelaki yang agak samseng mukanya membuntangkan mata tanda marah kerana ada pihak yang cuba masuk campur.

"Eh,Eiko Hakeda.Sekarang kan waktu rehat mana boleh duduk dalam kelas,keluar!!"
lantang suaranya memberi arahan ibarat seorang diktator.Eiko pura-pura tidak takut.Dia menoleh ke arah Sakura sekilas.Tunduk lagi!...hasratnya untuk mengajak Sakura ke kantin tidak kesampaian.

~'Pandanglah sini.Orang nak ajak pergi kantin nih..'

"Oh kau degil ya? takpe kau jangan menyesal!!" kali ini Higashi berdiri di belakang Eiko.kedua belah tangannya memegang kerusi Eiko.Ditolaknya kerusi Eiko ke kiri dan ke kanan dengan begitu ganas sekali sehinggga terhuyung-hayang Eiko seperti dilanda gempa bumi.Empat orang rakannya yang lain hanya tertawa gembira mendengar jeritan Eiko.

Pantas Eiko melarikan diri dari situ tanpa berpaling.Derap kakinya jelas kedengaran menuruni tangga.Higashi menghabiskan sisa ketawa sebelum duduk di sebelah Sakura.Itu sahaja caranya untuk mengajar perempuan yang degil.Tak sanggup pula dia memukul perempuan.Sebetulnya dia tidak pernah mensasarkan gadis yang seorang itu sebagai mangsa.Kenapa? nantilah cerita.

"Bodoh punya alien!"

Rakan-rakannya beredar dari situ menuju ke port masing-masing.Sememangnya mereka tidak berminat untuk menjalankan sesi 'suai kenal 'dengan pelajar perempuan,bosan katanya.Tapi kalau yang namanya Higashi semua disapunya termasuklah kalau ada guru-guru yang baru masuk.Memang dasar pembuli paling setia di muka bumi.

"Hai,nama saya Higashi Koichi,tapi boleh panggil saya Leo"tiada reaksi.Sakura seakan tidak menyedari kewujudannya di situ.Dia menoleh ke arah rakan-rakannya.Takashi sedang menconteng papan putih,Junichi duduk di atas meja guru sambil menggoyangkan kaki sementara Shin dan Akira sedang menyelongkar beg yang tidak diketahui siapa tuannya.

Dia menoleh kembali kepada Sakura yang membatu seperti anak patung dengan kedua tangannya tersembunyi di dalam laci meja.Terdetik rasa geram dengan gelagat sombong Sakura.Biasalah bukan selalu ada pelajar baru masuk,kena pula dalam kelas sendiri.Memang peluang terbukalah.Kecil tapak tangan,besar negara Tokyo dia tadahkan.

~'Apa? aku tak hensem ke'

Higashi mendekatkan badannya ke arah Sakura.Kali ini Sakura menoleh memandang tepat ke arah mata Higashi.Lagaknya seolah-olah cuba menyampaikan amaran supaya tidak bertindak melampau.Higashi terpana sebentar.Tangannya diangkat cuba menyelak anak rambut Sakura yang berdiri.Rasa tidak puas untuk menatap mata Sakura yang tersembunyi.

"Arghhhhhhhhhhhh!!!"
Mereka terkejut mendengar jeritan Higashi.Masing-masing sukar mempercayai kejadian yang sedang berlaku buat kali pertama di hadapan mata.Apatah lagi Higashi, berpeluh badannya melihat wajah Sakura yang....

Sakura tersenyum sinis.Matanya bersinar tajam setajam pisau belati yang dihunuskan ke leher Higashi.